Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

BERSETERU DENGAN BERSATU BUKAN PILIHAN UMNO

$
0
0
BENAR lebih 140 bahagian Umno menetapkan tidak mahu kerjasama dengan Bersatu pada PRU-15. Mungkin ketetapan itu berasaskan akar umbi parti tersebut.

Jika hanya berasaskan akar umbi parti itu tidak semestinya mewakili rakyat secara umumnya.

Untuk menang pilihan raya, bukan bergantung kepada ahli dan penyokong sahaja, sebaliknya sokongan atas pagar selain penyokong parti rakan juga diperlukan.

Umno perlu belajar pada keputusan PRU-14, juga perlu belajar pada keputusan PRN-16 Sabah.

Jika parti itu belajar pada kecenderungan rakyat secara umum, maka berpecah dengan Bersatu pada PRU-15 bukan lah pilihan.

Apa yang menjadi masalah Umno sekarang, bahawa pemimpin yang ditolak rakyat semasa PRU-14, suara mereka lebih dominan berbanding mereka yang kekal disokong rakyat.

Di akui sebilangan pemimpin parti itu, mempunyai kedudukan di peringkat parti, tetapi ada di antara mereka tewas pada PRU-14 di kawasan tradisi parti, bukan dengan majoriti 3 angka, akan tetapi 5 angka.

Umno kena akur dengan perubahan senario politik tanah air. Kehendak sahaja tidak akan boleh diterjamahkan kepada kemenangan.

Pendekatan Umno Sabah di bawah pimpinan Datuk Bung Moktar Radin, perlu diperhalusi pemimpin Umno Semenanjung, kerana telah terbukti pendekatan tersebut telah diterima pengundi semasa PRN-16 Sabah pada 26 September, 2020.

Pada PRN-16 Sabah terbukti, rakyat secara umumnya menerima kerjasama antara PN dan BN serta PBS.

Jika pada PRU-15, berlaku kerjasama antara PN dan BN di Semenanjung, mempertahankan Putrajaya bukan lah isu.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808