Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

ELEPEN DAN ELEPAN GADUH RUMPUT MENDERITA

$
0
0
PENULIS meminjam kata-kata Mat Sabu-Presiden Amanah "elepen and elepen fight grass will suffer". Keadaan ini gambaran, perseteruan antara Umno dan Bersatu (PPBM).

Melihat peseteruan ini, pada masa ini belum muktamad sebagai bermusuhan, adalah situasi yang ditunggu pihak lawan. Lawan hanya memerhati sambil menikmati snek "supper ring".

Mungkin Umno tidak yakin, bahawa keputusan PRU-14 akan berulang, memandangkan keyakinan parti itu didorong oleh beberapa kemenangan pada beberapa PRK pasca PRU-14 termasuk merampas Parlimen Tanjong Piai dan Dun Semenyih daripada Pakatan Harapan (kebetulan dimenangi Bersatu, pada PRU-14).

Umno Semenanjung semacam langsung tidak mengambil iktibar keputusan PRN-16 Sabah, yang mana aspirasi rakyat secara umumnya, mahukan kerjasama erat antara BN dan PN.

Umno Semenanjung terlihat dikejar masa dan mencerminkan ketidak cermatan, apabila membuat keputusan drastik, bukan sahaja mengambil ketetapan menolak kerjasama dengan Bersatu semasa PRU-15 (belum muktamad, menunggu keputusan MKT parti itu yang akan bermesyuarat esok 6 Januari, 2021), namun tindakan memecat Tan Sri Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional menggambarkan, bahawa Umno Semenanjung akan menerima kehendak sebahagian besar bahagian-bahagian parti itu yang menolak kerjasama dengan Bersatu.

Walaupun Umno Semenanjung bertindak bakal memutuskan hubungan dengan Bersatu, lain ceritanya di Sabah. Umno Sabah, akan terus memperkukuhkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dianggotai PN dan BN serta PBS yang diberi mandat oleh rakyat Sabah memerintah pada PRN-16 Sabah 26 September tahun lalu.

Di Sabah hubungan mesra antara Umno Sabah dan Bersatu Sabah cukup mesra, dan sedang memperkukuhkan kerjasama tersebut untuk mengwujudkan kestabilan politik yang boleh bertahan lama.

Memandangkan pendirian Umno Sabah tidak selari dengan Umno Semenanjung, kerana daripada 25 bahagian Umno Sabah yang selesai bermesyuarat, TIADA bahagian pun yang membuat usul memutuskan kerjasama dengan Bersatu.

Umno Sabah tidak mahu terperangkap dengan ungkapan Mat Sabu "elepan fight elepen grass will suffer".

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808