TELAH dijangka, sebahagian besar bahagian-bahagian Umno (kecualiSabah) akan mengusulkan pemutusan hubungan dengan parti Bersatu atau Perikatan Nasional.
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno pada Rabu, TIADA pilihan lain, selain akur dengan kehendak parti.
Keputusan tersebut bukan sesuatu yang baharu, kerana Umno sebagai parti TIDAK pernah menyokong Perikatan Nasional, melainkan yang menyokong adalah para ahli parlimen parti tersebut.
Semasa Mesyuarat Bahagian-Bahagian Umno sebahagian besar menolak kerjasama dengan Bersatu, malah mantan Perdana Menteri- Datuk Seri Najib Razak menyifatkan keberadaan dalam PN, lambat laun Umno akan terkubur.
Selepas selesai semua mesyuarat bahagian, Umno telah mengambil ketetapan, untuk bertanding menggunakan LOGO Bn, selain bertanding sekurang-kurangnya 95 kawasan parlimen termasuk yang dimenangi pada PRU-14.
Dalam perkembangan sama, parti itu juga memutuskan TIDAK akan mendaftarkan Muafakat Nasional (MN) sebagai parti. MN adalah flatform kerja sama antara Umno dan Pas yang ditanda tangani pada September, 2019.
Sebelum pembentangan Bajet 2021 negara pada 6 November, 2020, Umno telah membuat ketetapan, agar MN didaftarkan sebagai "ancaman" kepada Bersatu atau Perikatan Nasional, namun parti itu terpaksa membuat pusingan U, apabila sebahagian besar bahagian-bahagian Umno menolaknya.
Keputusan bahagian-bahagian Umno boleh diibaratkan sebagai Tsunami Umno, untuk menenggalamkan parti Bersatu,malah Kerajaan PN akan tumbang bila-bila masa.
Ancaman Pandemik Covid-19, bukan lagi keutamaan Umno,kerana pandangan mereka, bahawa vaksin sudah ada, dan pelalian kumpulan sasar akan dilaksanakan sekurang-kurangnya pada Februari.
Pada rabu ( 6 Januari) akan diketahui, apa kah Tan Sri Muhiyiddn Yassin terpaksa memohon SPBA untuk membubarkan parlimen bagi memberi laluan kepada PRU-15.
Jika parlimen dibubarkan, dalam tempoh 60 hari, SPR perlu mengadakan pilihan raya.
Jika parlimen dibubarkan, maka kemungkinan DUN Sarawak juga dibuburkan untuk menyertai pilihan raya, julung kalinya diikuti negeri tersebut, selepas Sabah pada tahun 2004. Sebelum ini, pilihan raya peringkat DUN bagi Sabah dan Sarawak dilaksanakan berasingan, sejak merdeka.
Rupanya, tarikh yang tular dilaman sosial sebelum ini mengenai tarikh 6 Januari, 2021 adalah penentuan, kedudukan kerajaan PN!!!. sama-sama kita nantikan tarikh tersebut.