Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

UMNO SABAH HANYA BERTANDING KAWASAN KEBARANGKALIAN KEMENANGAN TINGGI

$
0
0
BETUL kenyataan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah-Datuk Seri Bung Moktar Radin, bahawa Umno Sabah akan bertanding di kawasan yang mempunyai kebarangkalian kemenangan tinggi. 

Menerusi kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sabah tersebut, jelas, bahawa pada PRU-15 peringkat parlimen, Umno Sabah BERSAMA dengan parti-parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS). 

Pilihan bagi Umno Sabah, agar sebanyak mungkin kawasan yang ditandingi GRS menang, untuk menyumbang kepada kerajaan yang disokong parti itu di peringkat Persekutuan. 

Penulis mencuba menganalisa, kawasan-kawasan mana yang bakal ditandingi Umno dan parti-parti komponen GRS sesuai dengan keputusan PRN-16 Sabah. 

Jika dilihat daripada sokongan pengundi, berasaskan PRN-16 Sabah, Umno/BN akan bertanding 11 kawasan parlimen, manakala PN 10, sementara PBS 4 kerusi. 

11 kawasan parlimen yang bakal ditandingi Umno/Bn ada lah Kota Belud, Sepanggar, Papar, Kimanis, Tenom, Libaran, Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna, Kalabakan, Pensiangan (PBRS); manakala PN adalah Kudat, (Bersatu), Putatan (Bersatu), Penampang (STAR), Beaufort (Bersatu), Sipitang (Bersatu), Ranau (Bersatu), Keningau (STAR), Beluran (Bersatu), Sandakan (SAPP), dan Tawau (Bersatu), sementara PBS- Kota Marudu, Tuaran, Kota Kinabalu dan Batu Sapi. 

Berasaskan kencenderungan pengundi, adalah diramalkan BN/Umno akan menang 8 kerusi, PN juga 8 kerusi, manakala PBS- 2 kerusi, bakinya akan dimenangi Warisan sebanyak 5 kerusi dan DAP 2. 

Memang masih awal untuk meramalkan keputusan PRU-15, kerana ianya sangat bergantung dengan kerjasama berbagai parti berhadapan dengan PRU tersebut, terutama kedudukan GPS Sarawak dan hubungan UMNO-PAS-Bersatu di Semenanjung. 

Namun bagi Sabah, keputusan rakyat pada PRN-16 adalah penanda aras bagi parti-parti dalam gabungan tersebut dalam pengagihan kerusi. 

Di Sabah semua pemimpin yang bergabung dalam GRS, akan mempertahankan kerjasama yang terjalin, apapun perkembangan politik di Semenanjung. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808