Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

UMNO ANGGAP BERSATU MUSUH?

$
0
0

BUKAN kah Bersatu menyebabkan UMNO boleh menjadi sebahagian Kerajaan, sebelum PRU-15.

Kerana Bersatu, setidak-tidaknya Umno tidak menjadi pembangkang sepenggal.

Kerana pengorbanan beberapa MP Umno yang menyertai Bersatu, maka menjadi katalis kepada mantan separti mereka menjadi sebahagian daripada kerajaan.

Sebahagian daripada kerajaan, maka dapat membantu rakyat yang diwakili, kerana peruntukan dapat disalurkan.

Tidak terfikirkan oleh mereka kah,  jika MP seperti Hamzah Zainuddin, atau Ronald Kiandee tidak menyertai Bersatu, apa kah Kerajaan PH akan tumbang?

Kata kan lah, tiada seorangpun MP Umno menyertai Bersatu, apa kah UMNO boleh menjadi sebahagian Kerajaan di Peringkat Persekutuan, Johor, Melaka, Perak, dan Kedah?  Sebelum PRU-15?

Kerana tumbangnya kerajaan PH, maka telah berimpak di Sabah, sehinggakan pada PRN-16 Sabah, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dapat menubuhkan kerajaan.

Memang benar, menerusi beberapa PRK selepas PRU-14, Umno berkerjasama dengan PAS menerusi Muafakat Nasional, menang beberapa PRK, termasuk menawan kawasan yang dimenangi PH pada PRU-14, seperti Parlimen Tanjung Piai, DUN Semenyeh. Pun demikian, kemenangan itu tidak mengubah kedudukan kerajaan PH.

Kerana susun atur para wakil rakyat Bersatu, yang mahukan kerajaan yang bebas cengkaman Anwar dan DAP, seperti juga matlamat UMNO dan PAS, maka tertubuh lah Kerajaan Perikatan Nasional.

Di Sabah, semasa PRN-16 Sabah majoriti rakyat telah menterjemahkan visi tersebut, apabila memberi sokongan kepada GRS yang dianggotai UMNO, Bersatu, STAR, PBS, PBRS, MCA, MIC, PAS dan SAPP.

Apa kah UMNO tidak melihat isyarat yang diberikan rakyat, bahawa Umno, Bersatu, Pas dan parti-parti yang menyokong dilihat sebagai sebuah entiti?

Mengapa Umno tidak mahu akur dengan aspirasi rakyat yang telah berubah? Dan tidak mengambil iktibar, bahawa parti itu kehilangan penguasaan  julung kalinya pada PRU-14,  sebagai sebuah parti yang menjadi tulang belakang kerajaan sejak merdeka. Atau kah, kerana menang beberapa PRK, maka menganggap bahawa sokongan terhadap parti tersebut telah pulih?

Betul, di antara semua parti di negara ini, Umno adalah parti yang mempunyai ramai ahli, tetapi jumlah ahli yang teramai, tiada jaminan disokong majoriti rakyat.

Dalam senario politik sekarang, Umno perlu percaya dan berpijak dibumi nyata,  parti itu memerlukan rakan seperti Bersatu dan Pas, untuk mendapat sokongan majoriti rakyat, bukan terhad pada PRU-15.

Bermusuh dengan Bersatu, merugikan Umno dan juga Pas, apa tah lagi jika berlaku pertembungan dalam pilihan raya. Umno dan Pas sudah merasai peritnya kekalahan, apabila bertembung pada PRU-14. Keadaan itu akan berulang, jika Umno dan Bersatu gagal mencapai kesepakatan jitu menjelang PRU-15.

Atau kah, Umno tiada pilihan berlawan dengan Bersatu dalam politik, kerana untuk kepentingan pemimpin parti itu yang mahu bertanding untuk menjadi Yang Berhormat!!!, kerana tanpa Bersatu, maka tiada pertindihan agihan kerusi.

Melihat kenyataan-kenyataan segelintir pemimpin Umno, masalah utama bermusuh dengan Bersatu, adalah berkaitan kerusi tradisi. Bagi Umno, kerusi tradisi adalah jaminan untuk parti itu mengekalkan kerusi-kerusi, khususnya kerusi yang dimenangi pada PRU-14.

Umno perlu memikirkan walaupun parti itu boleh menang 80 kerusi parlimen seperti mana rekod parti itu, akan tetapi memerlukan 32 kerusi daripada parti-parti lain untuk mendapatkan majoriti mudah daripada 222 kerusi Dewan Rakyat. Dalam senario politik sekarang, kebarangkalian untuk menang 80 kerusi parlimen, tidak seperti mana harapan para ahli Umno, kerana terbukti pada PRN Sabah, banyak kawasan tradisi parti itu, gagal dirampas semula atau ada juga gagal dipertahankan. Fikir-Fikirkan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808