Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PRU-15: UMNO BERTEGAS BERTANDING DI KAWASAN TRADISI PARTI ITU

$
0
0
Naib Presiden Umno Datuk Seri Mahdzir Khalid memberi bayangan, bahawa Umno akan bertanding di kawasan tradisi parti itu termasuk beberapa kawasan-kawasan yang dimenangi pada PRU-14, namun kini disandang oleh mereka yang berpindah parti.

Jika Umno kekal bertegas dengan pendirian tersebut, maka ahli parlimen yang kini bersama Bersatu, terpaksa mencari kawasan baharu, jika berhasrat bertanding pada PRU-15 akan datang.

Namun, jika Umno menggunapakai pendekatan Umno Sabah, seperti mana pengagihan kerusi semasa PRN-16 Sabah, maka akan berlaku keadaan menang-menang antara Umno dan Bersatu.

Dalam senario politik sekarang, pendekatan lunak atau menang-menang antara Bersatu, Umno dan Pas, perlu menjadi keutamaan, untuk menjamin kemenangan menyakinkan pada PRU-15. 

Semua pihak perlu menyesuaikan diri dengan perubahan politik tanah air, dan mengelak terpaku dengan pendekatan lama, kerana masa dan situasi sudah berubah.

Jangan berlaku, menang sorak tetapi kampung tergadai, kerana mengekalkan pendekatan lapuk.

Jika lah Umno tidak sanggup berkompromi dengan keputusan parti itu, berkaitan kawasan-kawasan yang dimenangi pada PRU-14, maka akan turut berimpak di Sabah.

Di Sabah semua ahli parlimen Umno kecuali dua yang menang pada PRU-14, kini bersama Bersatu.

Kalau Umno mengambil iktibar pada keputusan PRN-16 Sabah, maka akan berlaku kompromi antara Umno dan Bersatu. Sama-sama kita nantikan, apa pendekatan yang diguna pakai.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808