WALAUPUN pandemik covid-19 masih menghantui setiap orang daripada kita, akan tetapi azam baharu bagi setiap daripada kita untuk mengisi tahun 2021 tetap digariskan, termasuk mengubah pendekatan.
Penulis sendiri merasakan, jika pendekatan tidak berubah, termasuk dalam bidang penulisan, maka karya-karya tulisan kita, tidak dihargai, malah dibakul sampahkan.
Pengelaman penulis, khususnya menerusi buku-buku yang ditulis, berkisar pada cerita-cerita nyata dan hidup, tiada unsur fiktif, nampaknya, kurang mendapat sambutan, barangkali, tiada unsur sensasi, seperti mana tulisan-tulisan The Sarawak Reports atau MalaysiaToday.
Melangkah pada tahun baharu ini, penulis, akan menukar cara penulisan, yang boleh menyebabkan pembaca, yang mengantuk, tersedar, bertukar "fresh" atau mungkin gelisah.
Sebagai motivasi pada diri sendiri, selamat menempuh kaedah baharu, dan hasilnya akan terlihat menjelang 31 Disember, 2021, jika hayat masih dikandung badan.