KERANA pendirian Kerajaan Sabah yang diterajui Datuk Shafie Apdal semasa mengambil alih kerajaan negeri pada Mei, 2018, maka usaha kerajaan negeri yang dimulakan pada Tahun 2014 berkaitan Cukai Jualan Petroleum dalam ordinan Cukai Jualan Negeri (CJN) terbantut, atas sebab Shafie "takut" bercakap dengannya semasa era Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang diterajui Tun Dr Mahathir, sepertimana kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sarawak- Tan Sri James Masing.
Seperti mana fakta, Sarawak pada tahun 2019 telah menerima bayaran cukai tersebut sebanyak RM2,956,671,407.36 (hampir RM3bilion), manakala Sabah pula hanya akan menerima RM1.25bilion bermula tahun 2021.
Selain tahun 2019, Sarawak juga bakal menerima cukai yang sama pada tahun 2020.
Kerana perubahan kerajaan Sabah pada Mei, 2018 sebagai akibat berpaling tadahnya 6 ADUN Bn, maka Sabah dan rakyatnya menerima padah.
Kalau diambil kira RM1.25 bilion seperti mana diumumkan oleh Menteri Kewangan Sabah pada persidangan DUN Sabah yang berlabuh pada 23 Disember, 2020, maka sepatutnya Sabah menerima RM2.5bilion bagi tahun 2019 dan tahun 2020.
Jumlah RM2.5bilion merupakan 55% daripada hasil kutipan pendapatan Sabah jika dilihat pada jumlah kutipan Sabah pda tahun 2021.
Jumlah RM2.5bilion, jika diterima, sudah tentunya mempunyai impak yang tinggi terhadap pembangunan sosio-ekonomi Sabah.
Hanya kerana tindakan pemimpin Sabah yang tidak berjiwa rakyat, maka Sabah dan rakyatnya terlepas peluang. Sama isunya, apabila rakyat Sabah didedahkan dengan jangkitan Covid-19, ekoran PRN ke-16 Sabah.