Fakta-fakta berikut yang perlu diketahui rakyat Sabah supaya tidak menjadi rekod sejarah POLITIK Sabah yang mengelirukan atau bukan berasaskan fakta sebenar.
Parti Warisan Sabah, tidak pernah diberi mandat oleh rakyat untuk menubuhkan kerjaan. Hanya kebetulan, parti itu menjadi kerajaan pada 12 Mei, 2018, apabila 6 ADUN daripada parti Kerajaan masa itu (BN) berpaling tadah dan menyokong Shafie.
Berkaitan bayaran one bullet payment terhadap Bon RM1bilion yang diterbitkan pada tahun 2014 pada tahun 2019, bukan berpunca daripada penjimatan kerajaan yang dipimpin Shafie pada tahun 2018, sebaliknya hasil daripada caruman kerajaan era Tan Sri Musa Aman pada sebuah tabung amanah saranan Bank Negara sebaik Bon tersebut diterbitkan. Ada lah tidak masuk akal, kerajaan boleh menjimat sehingga RM1bilion pada tahun 2018, pada keadaan ekonomi Sabah yang merudum, selain itu lebihan bajet pada tahun tersebut tidakpun sampai RM100juta. Sebagai catitan kadar pertumbuhan ekonomi Sabah pada tahun 2017 adalah 8.2%, tahun 2018-1.5% dan tahun 2019 menurun lagi ke paras 0.5%, manakala tahun 2020, menjunam ke paras terburuk, antara negatif 15% hingga negatif 19%. Semasa unjuran trend ekonomi Sabah ini, kerajaan GRS, menjadi kerajaan belumpun 100 hari.
Selain itu, dakwaan para pemimpin Warisan kononnya Cukai Jualan Negeri (CJN) atau Cukai Jualan Petrolieum (CJP) adalah hasil usaha kerajaan Warisan, bukan sahaja mengelirukan, akan tetapi sama sekali tidak tepat, kerana usaha tersebut telah dimulakan pada tahun 2014, semasa kerajaan BN yang diterajui Tan Sri Musa.
Dakwaan pemimpin Warisan, kononnya dalam tempoh masa memerintah selama 26 bulan, maka berjaya merekodkan kedudukan yang stabil, sedangkan selama 19 tahun kerajaan Sabah telah mencapai kedudukan tersebut, malah pengurusan kewangan negeri telah diberikan taraf triple A sejak tahun 2009 oleh RAM ratings.
Berkiatan bajet surplus, hakikatnya Kerajaan Sabah telah mencapainya sejak tahun 2000.