Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

RESET KEUTAMAAN PENDEKATAN EKONOMI SABAH- SALLEH

$
0
0
TEPAT masanya saranan atau cadangan daripada ADUN Usukan yang juga Pengerusi Penyokong Kerajaan di Dun Sabah- Datuk Salleh Said, untuk kerajaan mengalih keutamaan perekonomian negeri daripada makro kepada mikro.

Menerusi pendekatan mikro, kerajaan dengan jelas mengidentifikasi para pemain atau yang mereka yang terlibat secara langsung dalam sistem perekonomian.

Meningkatkan atau memperluas jangkaun para pemain atau perserta dalam sistem ekonomi mikro, sekaligus dapat meningkatkan pendapatan atau volum perniagaan mereka yang terlibat. Menerusi kaedah ini, maka akan mendorong kelok penawaran dan kelok permintaan akan bergerak bersama ke arah kanan dalam kelok penawaran dan permintaan.

Untuk meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sememangnya sangat bergantung kepada penawaran dan permintaan. Semakin berkembangnya penawaran dan permintaan, maka KDNK juga berkembang.

Data statistik, menunjukkan, bahawa golongan rakyat dalam kategori Bawah 40 (B40), adalah golongan rakyat, yang kurang mendapat manafaat dalam sistem ekonomi makro yang sekian lama menjadi pendekatan negara.

Sebagai langkah mengeluarkan golongan ini dalam kategori B40, maka keutamaan kerajaan perlu berubah, termasuk mengimplimentasikan pendekatan secara mikro, seperti mana diutarakan Salleh semasa membahas Bajet 2021 Sabah di Dun Sabah pada Rabu.

Semasa membahas tersebut, ADUN Usukan tersebut menyenaraikan para pemain dalam sistem ekonomi mikro, seperti penjaja, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), mereka yang bekerja sendiri; termasuk pemandu grab; pemilik kedai runcit; pekerja runcit; pekerjaan binaan; petani, peternak, pekerja sambilan dan mereka yang berada dalam kategori yang sama.

Pengalaman menerusi Pandemik Covi-19, mereka-mereka yang tergolong dalam kategori yang disebutkan adalah rakyat yang rentan, dan paling terjejas.

Untuk tidak mengulangi lagi, keadaan yang berlaku di masa hadapan, maka telah tiba masanya, kerajaan memberi keutamaan untuk melibatkan mereka ini dalam aktiviti ekonomi.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808