Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

HAK SABAH DALAM MA63 TERUS DIPERJUANGKAN

$
0
0
HAK-HAK Sabah dalam Perjanjian Malaysia (MA63) terus diperkasa. Usaha tersebut akan diterjemahkan dan diperkasakan menerusi Jawatan Kuasa Khas yang diwujudkan oleh Perdana Menteri-Tan Sri Muhiyiddin Yassin pada 2 Disember, 2020.

Hak-hak Sabah dalam MA63, tidak akan memakan masa yang panjang, memandangkan salah seorang ahli jawatan kuasa tersebut ada lah Ketua Menteri Sabah- Datuk Hajiji Haji Noor. 

Hak Sabah dalam MA63, telah menjadi isu politik sejak Sabah menyertai Malaysia, malah di awal tahun 80-an, para pemimpin Sabah yang bercakap mengenainya, dianggap sebagai pengkhianat, malah ramai pemimpin Sabah ditahan menerusi ISA (Internal Security Act).

Walaupun ada tindakan membendung pemimpin Sabah bercakap berkaitan MA63, tetapi tidak menghentikan usaha memperjuangkan hak-hak tersebut, malah ianya menjadi isu politik, bukan sahaja melibatkan para pemimpin politik, akan tetapi rata-rata rakyat Sabah bercakap mengenainya.

Sebagai kerajaan yang prihatin, akhirnya Kerajaan Persekutuan akur dengan aspirasi rakyat Sabah, malah menerusi Kerajaan Perikatan Nasional (PN) diwujudkan kementerian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak yang diterajui pemimpin Sabah dan Sarawak.

Jawatan Kuasa Khas MA63 akan meneliti berkaitan hak-hak Sabah dan Sarawak dalam Perlembagaan, termasuk status, keselamatan, pendatang asing, termasuk juga sosial dan ekonomi, khususnya dalam Rancangan ke-12 negara.

Diharapkan menerusi Jawatan Kuasa Khas MA63 yang ditubuhkan, isu hak-hak Sabah akan selesai once for all.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808