Pada Isnin, saya berkesempatan hadir ke persidangan DUN Sabah, semata-mata untuk mendengar hujahan para ADUN berkaitan Bajet 2021 Sabah yang meliputi perbelanjaan RM4,303.26 juta dengan kutipan hasil RM4,481.96 juta. Perbandingan antara perbelanjaan dan kutipan, membawa erti bahawa Bajet 2021 negeri berkelebihan RM178.70juta.
Bajet negeri tahun 2021 telah dibentangkan pada Jumaat lalu oleh Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Negeri Sabah.
Bajet 2021 Sabah merupakan bajet pertama Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pimpinan Datuk Haiji Haji Noor.
Seingat penulis, jika kutipan pada kali ini terealisasi, maka akan menjadi surplus bajet terbanyak yang pernah dicatit oleh Sabah.
Ada lah dimaklumi, lebihan bajet yang tinggi, kerana bermula pada tahun 2021, Sabah medapat sumber pendapatan baharu, iaitu kutipan hasil daripada petrolium, tambahan kepada bayaran royaliti minyak.
Kutipan hasil daripada cukai petrolium, adalah penyelamat kepada kutipan hasil Sabah yang merudum daripada sektor pertanian, khususnya kelapa sawit, ekoran pandemik covid-19.
Kuptipan hasil cukai daripada komoditi utama negeri ini, menurun, bukan kerana faktor harga, akan tetapi keluaran yang berkurang.
Pada masa Sabah bersyukur kerana mendapat tambahan hasil baharu, WALAUPUN pada masa yang sama kutipan hasil daripada sektor yang banyak menyediakan pekerjaan, seperti pelancongan, pembinaan dan peladangan merudum.
Penulis yakin, Majlis Ekonomi Negeri yang bakal dilancarkan pada awal tahun depan, akan menggariskan langkah-langkah pengwujudan aktiviti ekonomi yang boleh membuka peluang-peluang pekerjaan dengan memanfaatkan pendapatan baharu daripada hasil kutipan petrolium.
Jika kerajaan mahu melihat kerancangan ekonomi yang melibatkan ramai rakyat, maka terlihat pada kutipan hasil cukai non- minyak dan gas (MIGAS). Jika kutipan hasil daripada Non-Migas rendah, maka mencerminkan aktiviti ekonomi yang melibatkan ramai rakyat rendah, dengan kata lain, ramai rakyat yang tidak mendapat peluang pekerjaan.
Terlihat sekali pada kadar inflasi yang berkadar negatif 3%, menunjukkan, bahawa ramai rakyat tidak mempunyai wang untuk dibelanjakan. Inflasi sangat berkait rapat dengan wang rakyat yang boleh dibelanjakan.
Pada keadaan abnormal ini, hanya kerajaan yang mampu berbelanja. Kerajaan boleh melipat gandakan perbelajaan, termasuk lah bajet defisit, semata-mata, untuk mendorong aktiviti ekonomi, antara lain melaksanakan pengwujudan jawatan-jawatan baharu samada dalam jabatan-jabatan kerajaan, mahupun syarikat-syarikat berkaitan kerajaan. Tujuannya, agar ramai rakyat mempunyai pendapatan yang boleh dibelanjakan, dalam erti kata, mendorong permintaan. Dengan meningkatkan permintaan, maka penawaran juga akan meningkat. Apabila permintaan dan penawaran sama-sama bertambah, maka kadar keluaran kasar negeri dengan sendirinya meningkat.
Dalam keadaan abnormal ini, kerajaan lah yang perlu bertindak sebagai pendorong kepada peningkatan permintaan dan penawaran dan seterusnya mendorong peningkatan KDNK.