Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PARTI WARISAN BUKTIKAN-RAKYAT BUKAN LAH KEUTAMAAN PARTI ITU

$
0
0
Pemimpin Parti Warisan, telah tiga kali membuktikan, bahawa rakyat bukan lah keutamaan.

Semasa memerintah daripada 12 Mei, 2018 sehingga 30 Julai, 2020, pemimpin Warisan hanya untuk kelompok rakyat tertentu, kemudiannya membubarkan DUN bagi mengadakan pilihan raya, untuk mendedahkan rakyat kepada ancaman covid-19, tidak puas hati dengan tindakan tersebut cuba pula menggagalkan Bajet 2021 negara, apabila berpakat dengan DAP, PKR dan Amanah bersama-sama menolak.

Nasib baik semua MP UMNO (kecuali seorang), Bersatu, GPS, Pas, PBS, STAR, PBRS, MCA, MIC dan seorang bebas mengekalkan solidariti dan terus berpadu menyokong.

Kini, telah terlihat, para pemimpin mana mengutamakan rakyat, dan pemimpin mana yang hanya berkiblat kepada nafsu politik.

Bermula daripada sekarang, JIKA ada pemimpin yang termasuk menolak BAJET untuk rakyat, bercakap, kononnya keberadaan mereka dalam politik, adalah untuk membela rakyat, hakikatnya mereka itu hanya mempergunakan rakyat demi nafsu politik mereka.

Dalam situasi rakyat memerlukan pembelaan dan dalam keadaan susah, hanya pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat tampil, dan para pemimpin tersebut adalah terdiri daripada 111 yang menyokong Bajet 2021 negara.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808