Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

KERAJAAN PN-CERMINAN SEBUAH PERPADUAN

$
0
0
DARIPADA terbentuknya Kerajaan PN pada 1 Mac, 2020 dengan sokongan 114 MP daripada 222, tidak ramai yang percaya, kerajaan tersebut boleh melepasi liku-liku dan ranjau politik, mainan pemimpin seperti Tun Dr Mahathir dan Dato Seri Anwar Ibrahim.

Selain sepak terajang dua pemimpin tersebut, Tengku Razalegh Hamzah pula cuba “chip in” dengan mempersoal legitimasi kerajaan. 

Kerana isu legitimasi pemimpin veteran UMNO tersebut, memutuskan TIDAK mengambil bahagian membahas Bajet 2021, dan TIDAK mengundi. 

Juga kerana legitimasi, MP Gua Musang tersebut sepentas dengan Tun mengadakan sidang akhbar bersama, sehari sebelum bacaan ketiga Bajet di Parlimen, meminta ahli-ahli parlimen menolak bajet tersebut, sebagai manifestasi, bahawa kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhiyiddin Yassin tidak mempunyai sokongan. 

Semasa undi belah bahagian, memang para MP yang telah sedia sebagai pembangkang sejak terbentuknya kerajaan PN, berpadu untuk kali terakhir sebelum parlimen ditangguhkan. 

Pecutan terakhir Tun yang dibantu KULI, langsung tidak mengubah pendirian para MP yang menyokong kerajaan PN. Kerana sokongan yang berpadu tersebut, maka Bajet 2021 diluluskan dengan kiraan undi, 111 menyokong; 108 menolak, dan seorang tidak hadir daripada 220 ahli parlimen. (Nota ahli parlimen Batu Sapi, Sabah dan ahli parlimen Gerik, Perak kosong, kerana kematian-kerana kekosongan itu kerajaan dan pembangkang, masing-masing hilang satu undi). 

Akan tercatit dalam perjalanan politik tanah air, sebuah kerajaan yang terus diasak sebagai kerajaan lemah, hanya kerana tidak mempunyai banyak majoriti daripada segi jumlah kerusi, masih bertahan termasuk lah melepasi saat genting, mendapat kelulusan untuk Bajet 2021. 

Perbezaan kecil antara parti kerajaan dan pembangkang, pernah berlaku di Kelantan hasil PRU tahun 2004, iaitu, kerajaan mengatasi pembangkang dengan 2 kerusi. Kerajaan Kelantan terus bertahan sehingga PRU berikutnya, walaupun berlaku cubaan menumbangkannya. 

Untuk sementara pengalaman Kelantan berlaku pada Kerajaan PN pusat. Kerana keterpaduan, maka untuk sementara, semua badai dan gelombang berjaya direntasi. Jangan lupa juga, pencapaian sangat bernilai kerajaan PN, apabila merampas semula kerajaan Sabah menerusi pilihan raya. 

Tahun 2020, mencactit sejarah tersendiri pada senario politik tanah air, apabila para pemimpin politik yang sekian lama mencorak hala tuju politik tanah air, kehilangan daya tarik, dan kemungkinan besar sebagai pengakhiran kepada kepimpinan mereka. 

Di Sabah, detik-detik musnahnya Parti Warisan sudah bermula, dan dijangka lambat laun, parti itu akan mengikuti jejak parti Berjaya, dengan pengertian, bahawa keutuhan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kekal tidak terusik!!!.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808