Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

WAKIL RAKYAT GRS - PERLU PEKA MAKLUMAT-HAJIJI

$
0
0
KETUA Menteri Sabah- Datuk Seri Hajiji Haji Noor mahu setiap wakil rakyat GRS (Gabungan Rakyat Sabah) peka maklumat, khususnya berkaitan polisi dan hala tuju kerajaan memajukan negeri dan membela rakyat.

Menerusi kepekaan kepada maklumat, maka mudah bagi wakil rakyat melaksanakan penjelasan/penerangan, selain menepis laporan fitnah dan putar belit pembangkang dan penyokongnya. 

Kepekaan maklumat, merupakan senjata utama yang boleh digunakan di media-media sosial atau media cetak, untuk maksud penjelasan/penerangan kepada rakyat yang kerap terdedah dengan isu-isu fitnah dan berita putar belit yang boleh membawa imej buruk dan negatif kepada kerajaan. 

Para wakil rakyat kena mengerti, bahawa pihak lawan akan sentiasa membawa isu-isu yang boleh menjadi pemangkin menyokong mereka. Matlamat mereka adalah untuk membangun persepsi negatif kepada kerajaan, kerana hanya isu sahaja modal mereka mempengaruhi rakyat. 

Pengalaman politik Sabah, pembangunan dan kemajuan yang di laksanakan kerajaan boleh ditindih oleh isu-isu yang bersifat persepsi, harapan, sebab itu, dalam pilihan raya, walaupun hanya kerajaan yang mempunyai rekod membantu, membela, memajukan rakyat, akan tetapi boleh ditolak oleh rakyat. 

Gesaan Ketua Menteri kepada para wakil rakyat GRS untuk melengkapkan diri masing-masing dengan pengetahuan dan maklumat, merupakan pelengkap kepada pemerintahan, agar, setiap perancangan, polisi atau sebagainya, sampai terus ke peringkat akar umbi, dan pada masa yang sama dapat menutup peluang-peluang pihak lawan membangkitkan atau mencipta isu-isu negatif kepada kerajaan. 

Para wakil rakyat GRS samada mereka yang menganggotai kabinet atau penyokong kerajaan, perlu melengkapkan diri masing-masing dengan maklumat-maklumat yang seragam, untuk mengelak sebarang salah faham atau kenyataan-kenyataan yang saling bercanggah. 

Penulis yakin, wakil rakyat GRS yang bergabung dalam Kelab Penyokong Kerajaan yang diketuai ADUN Usukan-Datuk Seri Salleh Said Keruak, terima maklum saranan Ketua Menteri tersebut. 

Dalam era maklumat di hujung jari, setiap rakyat boleh menjadi wartawan segera, merupakan cabaran utama para wakil rakyat, khususnya berkaitan isu-isu segera yang perlu jawapan. 

Mereka-mereka yang dilantik di beberapa agensi kerajaan, khususnya di daerah-daerah perlu proaktif, membantu menyalurkan berbagai maklumat kepada wakil-wakil rakyat mereka, dan kemudiannya maklumat-maklumat tersebut dihebahkan di berbagai flaform media sosial, untuk memperkecil peluang-peluang pihak lawan mengambil peluang.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808