HARI ini di Dewan Rakyat, telah sah, bahawa Kerajaan PN yang ditreajui Tan Sri Muhiyiddin Yassin ada lah kerajaan yang sah, menjawab dakwaan MP Gua Musang-Tengku Razalegh Hamzah.
Walaupun sokongan terhadap kerajaan telah dibuktikan beberapa kali, akan tetapi Veteran UMNO tersebut masih terpaku dengan innendo legitimasi.
Kerajaan PN dibentuk menerusi sokongan 114 MP pada 29 Februari, 2020. Berkurang dua penyokong, kerana seorang berpaling tadah, manakala seorang lagi kerana kematian.
Semalam, Tengku Razalegh atau panggilan sebagai KULI telah mengadakan sidang akhbar bersama dengan Tun Dr Mahathir Mohammad, mengajak para MP menolak bacaan ketiga Bajet 2021, sebagai manifestasi bahawa kerajaan PN tidak cukup sokongan untuk meneruskan pemerintahan.
Di Dewan hari ini, Tun Dr Mahathir semasa mengambil bahagian membahas Bajet Kementerian Pendidikan, mengulangi pendirian beliau, untuk tidak menyokong bajet bagi kementerian tersebut.
Selepas 27 bajet Kementerian diluluskan, maka tiba giliran meluluskan Bajet 2021 di peringkat bacaan ke-3. Selepas pengundian secara blok, maka Speaker Dewan Rakyat mengumumkan Bajet disokong 111 MP, 108 menolak dan seorang tidak hadir.
Bajet tersebut perlu disokong sekurang-kurangnya 111 MP.
Melihat kepada jumlah MP yang menyokong dan yang menolak, nampaknya semua MP yang menyokong Kerajaan PN kecuali seorang telah memberi sokongan, manakala pembangkang, samada daripada DAP, PKR, Amanah, Pejuang, warisan dan UPKO menolak.
Dengan bukti di Dewan Rakyat hari ini, sindiran berkaitan legitimasi kerajaan perlu dinoktahkan, dan seterusnya memberi peluang kepada kerajaan membangun negara dan rakyat, termasuk berhadapan dengan pandemik covid-19 dan kelesuan ekonomi.
Dalam istilah demokrasi, anggapan kerajaan lemah, kerana tidak mempunyai lebihan banyak kerusi, hanya mainan pemimpin, kerana pengertian demokrasi itu sendiri, lebihan satu undi atau 1000 undi sama juga sebutannya, iaitu pemenang.