Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

KEMELUT POLITIK PERAK: JIKA PENDEKATAN UMNO WUJUDKAN SOKONGAN KUKUH-PILIHAN ADALAH BERSAMA PH

$
0
0
JIKA pendekatan UMNO mengwujudkan kerajaan kukuh di negeri Perak, maka pilihan adalah bersama Pakatan Harapan (PH)

Untuk rekod komposisi ADUN Dun Perak adalah UMNO-25, DAP-16, Amanah-5, Bersatu-5, PKR-3 dan PAS-3, manakala Gerakan dan Bebas masing-masing satu kerusi.

PH yang dianggotai DAP-PKR-Amanah mewakili 24 kerusi. Jika UMNO membentuk kerajaan dengan PH, maka bukan sahaja kerajaan kukuh dapat diwujudkan, akan tetapi mempunyai sokongan 2/3 ADUN.

Jika berlaku penjajaran baharu di Perak, maka akan berjangkit di peringkat Persekutuan, malah di semua negeri di Semenanjung, kecuali Kelantan dan Terengganu.

Jika matlamat UMNO pada masa sekarang mahu mengwujudkan kerajaan kukuh seperti mana kenyataan Presiden parti tersebut sehingga PRU-15, maka pilihan adalah membentuk kerajaan dengan PH.

Peduli lah dengan slogan UMNO sebelum ini, No to DAP dan No to Anwar, kerana semata-mata untuk mencapai matlamat, mengwujudkan KERAJAAN KUKUH.

Sebenarnya kerjasama UMNO dengan PH, menguntungkan parti itu jika dilihat pada kawasan-kawasan yang ditandingi, kerana tidak saling bertindih. UMNO dengan kawasan-kawasan tradisinya, PKR, DAP dan Amanah juga demikian.

Jika UMNO mahu tiada perbalahan berkaitan agihan kerusi, maka pilihan ada lah dengan PH. 

Jika UMNO bersama Perikatan Nasional (PN), maka berhadapan dengan agihan kerusi, dengan Bersatu dan Pas, atas sebab, ketiga-tiga parti itu mempunyai lubuk yang sama, iaitu kawasan melayu/bumiputera.

Apa kah kerjasama UMNO dan PH, bakal diterima akar umbi, ianya persoalan lain. Kata orang belum cuba belum tahu.

Jika dilihat pada PRU-14 lalu, kawasan majoriti melayu, sukar menerima kerjasama dengan DAP dan PKR, seperti mana pencapaian Bersatu, yang hanya menang 13 daripada 52 kawasan yang ditandingi.

UMNO kena memilih keseronokan sementara menerusi pengwujudkan Kerajaan KUKUH pada masa ini, sehingga PRU-15 atau keseronokan memanjang, seperti mana dirasai parti itu sebelum PRU-14.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808