Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

KEMELUT POLITIK PERAK-SEMAKIN DIIKUTI-SEMAKIN MENGUSUTKAN FIKIRAN

$
0
0
TIADA perkara baik yang diperolehi daripada kemelut politik Perak, kecuali  muslihat tipu menipu.

Pada Jumaat, 4 Disember, 2020, sepatutnya Sidang DUN Perak akan diisi dengan Pembentangan Bajet 2021 negeri, namun Speaker mengutamakan perkara yang bukan urusan kerajaan, iaitu UNDI PERCAYA kepada Menteri Besar. 

Mereka yang TIDAK menyangka bahawa DALAM usul tersebut racun berbisa, berhujah meletop letop menyokong usul tersebut. Siapa yang tidak menyokong cadangan cantik, UNDI PERCAYA kepada Menteri Besar. 

Al-hasil daripada UNDI PERCAYA tersebut, mereka yang membawanya MENOLAK usul tersebut, dan dibantu pula oleh lawan, maka MB yang sepatutnya senyum riang kerana USUL PERCAYA bertukar terbeliak mata, dan akhirnya terpaksa menghadap Sultan untuk menyembah pengunduran diri atau meletakkan jawatan. 

Kejadian di Perak pada pagi Jumaat, umpama memperkemas, mempercantik kapal yang sedang belayar, rupanya, mereka yang terlibat, bersama-sama menyampak nahkoda ke laut. 

Kapal belum karam, tetapi ketua perancang mencampak nahkoda ke laut, yang mahu menjadi nahkoda, kekurangan korum untuk diangkat sebagai nahkoda. Ironinya, nahkoda baru tersebut memerlukan sokongan daripada geng-geng nahkoda yang dicampak, jika tidak berjaya, maka terpaksa meminta sokongan lawan. 

Di era serba canggih melampuai zaman moden, tindakan feudal masih berlaku, di depan menyokong, disertai tindakan menyarong keris di belakang, tanda akur, rupanya, hanya kedok, tersilap sedikit, keris dihunus lalu menikam, sedangkan mangsa tiada masa untuk menangkis. 

Datuk Ahmad Faizal Azumu, bukan calang-calang kedudukannya. Beliau adalah Timbalan Presiden kepada parti Perdana Menteri. Kejadian di Perak, secara tidak langsung, kelompok yang menyingkirkan MB, memberi isyarat, bahawa kelompok itu bukan sahaja sanggup menyingkir Perdana Menteri, juga memberi isyarat, bahawa mereka tidak menghormati parti yang diterajuinya. 

Sebelum ini berbagai tuduhan kepada MB, terutama daripada mantan Perdana Menteri ke-6. Oleh kerana yang dituduh tidak mahu mengeruhkan hubungan, antara pemimpin dalam Perikatan Nasional, maka memilih berdiam diri. Semalam, satu-satu persatu tuduhan itu dijawab, khususnya berkaitan ladang kelapa sawit yang terpaksa dijual. Rupanya, proses penjualan tersebut sudah bermula sejak tahun 2014, kerana kekangan pajakan tanah untuk ladang tersebut semakin singkat, bukannya atas faktor harga kelapa sawit. Apabila dakwaan dan jawapan bertembung, maka terungkai lah, pihak mana yang mahu mengeruhkan keadaan. 

Pada era poltik penuh muslihat ini, siapapun pembawa berita, termasuk mereka yang ternama, tidak boleh diterima bulat-bulat, kerana kejujuran dan keikhlasan, bukan lagi keutamaan, melainkan, bagai mana memalitkan imej buruk kepada orang lain.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808