Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

KERAJAAN GRS SABAH KUKUH

$
0
0
ADA anggapan, bahawa kemelut politik Perak akan menular ke Sabah. Anggapan tersebut ditolak oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah-Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Menurut Timbalan Ketua Menteri I Sabah tersebut, Sabah mempunyai sentimen tersendiri, dan ianya sangat berbeza dengan sentimen di Perak. 

GRS adalah gabungan antara PN.BN dan PBS. Dalam PN ada Bersatu, Pas, STAR dan SAPP, sementara dalam BN ada UMNO, MCA, MIC dan PBRS. 

Pada PRN-16 Sabah UMNO menang 14 kerusi, Bersatu 10, PBS 7 dan STAR 7. 

Atas sebab Bersatu dan STAR mewakli PN dan UMNO mewakli BN, yang masing-masing menang 17 dan 14 kerusi, maka PN dikira parti yang mempunyai kerusi terbanyak. Atas pertimbangan tersebut, maka Ketua Menteri dipilih daripada PN. 

Semasa PRN Sabah- jika dilihat daripada segi parti, Parti Warisan mempunyai kerusi terbanyak di DUN Sabah, iaitu 29, walaupun 6 daripada kerusi tersebut adalah daripada DAP. 

Pada Jumaat, Menteri Besar Perak kehilangan sokongan atas sifatnya sebagai Menteri Besar, bukan kapasitinya sebagai Menteri Besar kepada Kerajaan Perikatan Nasional Perak, itu lah kenyataan daripada UMNO. Atas asas tersebut, maka kerajaan PN Perak kekal, Namun, di lain pihak, PAS yang merupakan sebahagian daripada Kerajaan, sudah mengeluarkan kenyataan, tidak akan menyertai kerajaan yang bakal dibentuk. Mungkin, terdapat salah faham, kerana kerajaan baharu di Perak bukannya bakal dibentuk, ianya hanya penggantian Menteri Besar. 

Mungkin penggantian Menteri Besar tersebut, sama dengan kaedah yang digunakan di Sabah semasa menggunakan sistem penggiliran Ketua Menteri. Menerusi sistem tersebut, hanya Ketua Menteri yang diganti, manakala kabinet atau exco kekal. 

Walaupun ada pihak bersifat skeptikal berkaitan politik Sabah, dan kononnnya bakal berhadapan kemelut, ianya tidak lah demikian. Kerajaan Sabah yang dibentuk oleh GRS adalah hasil kemenangan bersama semasa pilihan raya, bukannya komposisi selepas pilihan raya, seperti mana berlaku di DUN Perak atau kerajaan Pusat atau kerajaan Johor, Melaka, dan Kedah. 

Para pemimpin dalam GRS sedar, mandat yang diberikan oleh rakyat, kerana melihat GRS sebagai sebuah parti atau sebuah entiti yang saling berkait. 

Penulis yakin, tiada pihak dalam GRS akan bertindak bertentangan dengan aspirasi rakyat Sabah.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808