1. Perkara pokok adalah jumlah duit asal USD1.83bilion, wang 1MDB yang dibayar kepada PetroSaudi, kemudian wang itu dijamin Kerajaan UAE melalui Aabar (IPIC) dengan nilai USD2.32bilion. USD2.32bilion dikembalikan kepada 1MDB, salah satu bayaran itu berjumlah USD1bilion dibayar pada jun.
2. USD1.4bilion yang dipermasalahkan WSJ dan kini diwar-warkan oleh Tony Pua, adalah sebahagian daripada USD1.83bilion, kononnya wang USD1.4bilion tidak timbul pada laporan kewangan Aabar/IPIC yang telah diaudit. Persoalanannya, apa kah masalah 1MDB dalam isu itu? sedangkan 1MDB telah mendapat keuntungan USD500juta daripada pelaburannya USD1.83bilion dengan PetroSaudi.
3. Seperti kata 1MDB, syarikat itu tidak boleh bercakap bagi pihak syarikat lain. Namun dengan jelas, USD1.4bilion sebahagian daripada USD1.83bilion dilaporan melalui akaun 1MDB yang telah diaudit bagi tahun 2013 dan 2014. Apakah bayaran itu muncul atau tidak pada akaun yang menerima bayaran tersebut, bukan urusan 1MDB. Apa yang mustahak adalah pelabuaran asal, telah dipulangkan dengan keuntungan USD500juta.
4. Maklumat yang termaktub dalam Draf Laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB yang diserahkan kepada PAC, telah dibocorkan kepada WSJ, kemudiannya media itu menulis mengenainya pada 8 September.
5. Kini, berlaku tuduh menduduh antara PAC dan Dewan Rakyat, sehingga bekas Pengerusi PAC yang kini Timbalan Menteri Dalam Negeri- Datuk Nur Jazlan Mohammad mendakwa, besar kemungkinan kebocoran maklumat itu daripada kakitangan Dewan Rakyat yang hadir semasa pembentangan Ketua Audit Negara- Tan Sri Ambrin Buang kepada PAC. Namun dakwaan tersebut dibidas oleh Speaker Dewan Rakyat- Tan Sri Pandikar Amin, kerana urusan pendengaran itu adalah urusan sepenuhnya oleh PAC bukannya Dewan Rakyat.
6. Melalui kenyataan Nur Jazlan, seolah-olah menafikan bahawa Tony Pua bukanlah sumber kebocoran maklumat itu, bercanggah dengan pendapat berbagai pihak, bahawa MP DAP itulah merupakan sumber kebocoran tersebut.
7. Mengapa Nur Jazlan begitu membela Tony Pua? apakah beliau merupakan sebahagian konspirator menjatuhkan DS Najib seperti mana diakui Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhiyiddin Yassin melalui mesyuarat AMT pada 9 September?