1. Melalui tulisan terbaru Tun Dr Mahathir Mohammad pada Khamis di blog beliau chedet.cc, bahawa semua masalah yang berlaku dalam negara ini semuanya kerana angkara DS Najib Razak. Daripada penurunan ringgit sehingga penurunan harga minyak antarabangsa.
2. Nampaknya tulisan mantan PM itu, telah mengabaikan faktor globalisasi atau persekitaran yang mempengaruhi perekonomian dunia, di mana persekitaran tersebut juga berimpak kepada negara.
3. Apa yang tidak ditulis beliau, hanya berkaitan Greece yang muflis, peperangan di Syria dan penyebab pelarian di Timur Tengah yang menyebarang ke Europa.
3. Memang benar, bahawa setiap kawasan parlimen yang ditandingi Umno, tidakpun sampai separuh merupakan ahli Umno. Memang benar, kawasan yang dimenangi Umno kerana sokongan pengundi termasuk ahli-ahli parti komponen. Keadaan itu memanglah demikian. DS Najib Razak, tidak pernahpun berkata, bahawa kemenangan Umno kerana hanya ahli Umno. Perdana Menteri itu berkata, beliau tidak akan meletakkan jawatan kerana sebahagian ahli-ahli Umno masih menyokong beliau.
4.Bn mempunyai 13 komponen parti, di setiap kawasan ada ahli-ahli komponen Bn. Oleh kerana konsep Bn berasaskan kepada perkongsian kuasa, maka setiap komponen bn berkerja keras pada setiap kawasan yang ditandingi. Pada PRU, Bn, tidak mengenal lagi parti komponen, kerana menggunakan lambang yang sama, ertinya setiap parti bergerak sebagai satu pasukan.
5. Tulisan terbaru Tun Dr Mahathir, seolah-olah semua pemimpin parti Komponen Bn tidak mempunyai pengaruh lagi, demikian juga semua lapisan kepimpinan Umno tiada pengaruh lagi, dengan itu, pengundi akan menolak mentah-mentah, kerana DS Najib Razak masih Perdana Menteri.
6. Tun Dr Mahathir lupa di Sabah pernah berlaku, Ketua Menteri Sabah yang mengetuai Pilihanraya Tahun 1999, telah kalah di kawasannya, namun Bn tidak tumbang. Sebabnya rakyat mengundi parti dan mempertahankan calon atau pemimpin yang telah berkhidmat dengan baik.
7. Pada PRU-14, rakyat mempunyai pilihan, jika mahu mempertahankan Bn, maka akan terus mengundi Bn, dan jika tidak mahu DS Najib, maka beliau akan dikalahkan di kawasannya. Pada masa itu, selesai masalah once for all.?
8. Oleh kerana Tun Dr Mahathir yakin, bahawa pengundi Pekan Pahang tidak akan menolak DS Najib, maka atas sebab itu, mendakwa, bahawa semua keadaan negatif yang berlaku dalam negara hanya kerana DS Najib.