1. Berdepan dengan penurunan nilai ringgit terendah dalam tempoh 18 tahun, harga minyak dunia yang diperkirakan turun serendah USD20 setong, penurunan indeks bursa malaysia akibat pengeluaran kapital, kenaikan harga barangan dalam negara, merupakan faktor yang bakal diambilkira oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan dalam tindakan pengukuhan ekonomi negara yang bakal beliau umumkan pada isnin.
2. Sehingga kini, belum diketahui bentuk atau tindakan apa yang bakal dimumumkan, namun berasaskan kepada tindakan ekonomi, biasanya, bagi berdepan dengan keadaan seperti ini, kerajaan akan menggalakkan perbelanjaan dalam negara, bagi memperkuat daya beli rakyat melalui pengwujudan berbagai projek atau program yang boleh memperancak perekonomian dalam negara.
3. Tindakan premtive perlu dilakukan agar aktiviti perekonomian dalam negara menjadi rancak, khususnya yang melibatkan rakyat.
4. Melihat keadaan persekitaran perekonomian negara, kerajaan perlu bertindak pro-aktif bagi memacu perekonomian. Salah satu cara adalah kerajaan perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM20bilion dalam masa segera, yang mana perbelanjaan itu berkaitan dengan projek-projek kecil di seluruh negara.
5. Kerajaan perlu bertindak secara dalaman, memandang persekitaran perkonomian dunia khususnya yang melibatkan negara China menjadi pemacu kepada merundumnya pasaran global.
6. Jika kerajaan berbelanja RM20bilion, impak berganda perbelanjaan itu boleh mencapai RM100bilion pusingan perekonomian dalam negara dalam tempoh 3 bulan dan seterusnya boleh meningkatkan 10 peratus dayabeli rakyat.