Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2801

Disebalik Justogate

$
0
0
1. Sebaik sahaja Xavier Andre Justo ditangkap di Thailand, Dato Zahid Hamidi mendakwa, bahawa bekas eksekutif PetroSaudi didapati mengubah suai e-mail yang dia curi daripada bekas majikannya, khususnya berkaitan 1MDB.

2. Namun menurut siasatan polis Thailand, Justo tidak melakukan apa-apa perubahan pada e-mail atau dokumen yang diserahkan kepada pembeli dokumen tersebut.

3. Justo ditangkap ditangkap atas sebab laporan PetroSaudi konononya bekas kakitangan syarikat tersebut melakukan ungutan dan meminta bayaran Swiss franc 2.5 juta, sebagai imbalan untuk dia tidak mendedahkan sebarang urusniaga berkaitan dengan syarikat tersebut.

4. Justo dikatakan mencuri ribuan e-mail bekas majikannya, termasuklah e-mail yang ada kaitan dengan 1MDB.

5. Semalam, polis Thailand dalam satu kenyataan, bahawa keterkaitan Justo dengan syarikat Malaysia(dipercayai 1MDB) sangat minimal, namun sangat penting. Setakat ini, tiada apa-apa keterangan terperinci berkaitan siasatan Polis Thailand mengaitkan 1MDB, hanya pihak media atau pemimpin di Malaysia sahaja yang menyebut 1MDB.

6.Hampir sebulan siasatan terhadap Justo, semakin hari semakin jauh keterkaitan Justo terhadap pengubahsuaian dokumen yang disiarkan Sarawak reports. Malah, portal milik Clare Rewcastle-Brown itu mencabar pihak-pihak tertentu, supaya menunjukkan mana satu e-mail atau dokumen yang diubah suai- setidak-tidak membandingkan yang asli dan doctored. 

7. Nampaknya Justogate, tidak mampu mampu merungkai kemelut 1MDB, khususnya pelaburan 1MDB yang berjumlah USD1bilion kepada PetroSaudi yang telahpun dibatalkan.

8. Di atas kertas, pelabuaran 1MDB kepada PetroSaudi tidak rugi, kerana mendapatkan keuntungan hampir USD500juta dalam bentuk kertas berharga. Kertas berharga tersebut telah diambil alih oleh IPIC (Aabar) sebuah syarikat Abu Dhabi. Pada 6 Jun, IPIC telah menyalurkan USD1bilion kepada 1MDB untuk membayar hutang kepada Bank German yang bernilai USD975milion. Kerjasama 1MDB dan IPIC telah dimasukkan ke dalam rancangan rasionalisasi 1MDB, di mana hutang syarikat milik Kementerian Kewangan tersebut akan berkurangan RM16bilion. Sebagai catitan hutang keseluruhan 1MDB adalah RM41.8bilion.

9. Persoalan sekarang adalah kewangan USD700 milion. Pertama wang itu kononnya dihantar kepada Good Star Ltd akaun yang dikatakan dikawal oleh Jho Low. Pada masa yang sama, ada juga amaun yang sama dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri. Apa kah satu kebetulan??

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2801