1. Walaupun penangkapan Xavier Andre Justo di Thailand dan siasatan berjalan hampir sebulan, nama-nama pihak yang berjumpa warga Swiss tersebut bagi mendapatkan dokumen yang telah dicuri daripada PetroSaudi tidak dinamakan oleh Polis Thailand.
2. Pada Jumaat The Strait Times Singapore memetik Polis Thailand melaporkan, bahawa terdapat 10 nama individu daripada Malaysia termasuk seorang wanita kelahiran Malaysia, pemimpin Umno, pemimpin pembangkang dan pemilik surat khabar dikatakan telah berjumpa Justo di Singapura dan Thailand.
3. Juga dilaporkan bahawa memang berlaku transkasi jual beli dokumen, di mana bukti-bukti tersebut didapati melalui bukti-bukti e-mail, whatsApp dikatakan melibatkan USD2.5juta.
4. Thailand mempunyai kekangan menyebut nama-nama yang terlibat, kecuali tertuduh utama-Justo dihadapkan ke mahkamah terbuka.
5. Hingga setakat ini, baik pemimpin Malaysia mahupun media arus perdana atau sosial hanya mampu berteka teki berkaitan nama-nama tersebut, walaupun secara tidak langsung mengaitkan dengan pemimpin DAP serta pemilik The Age Malaysia, manakala pemimpin Umno dikaitkan dengan Tun Dr Mahathir Mohammad, sementara wanita kelahiran Malaysia dikaitankan dengan founder Sarawak reports Clare Rewcastle- Brown.
6. Apa yang cuba dilihat daripada penangkapan Justo tersebut, adalah satu cubaan memaksa Perdana Menteri Malaysia meletakan jawatan dengan memalitkan skandal 1MDB yang diperkatakan sejak suku akhir tahun 2014.
7. Melihat keadaan penangkapan Justo, walaupun kerap dilakukan sidang media oleh Polis Thailand bagi tujuan "update" penyiasatan, namun, terlalu sukar membuat kesimpulan, kerana tidak disebutnya nama-nama yang berurusniaga dengan warga Swiss tersebut.
10. Selagi polis Thailand tidak menyebut nama-nama, maka apa sahaja laporan sisatan akan dianggap sebagai persepsi.
11. Justogate, hingga setakat ini belum boleh merungkai kemelut yang melanda 1MDB.