Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2823

Ops Selamat Jalan Raya- Tapi Tidak Selamat

$
0
0
1. Pulang  beraya daripada kampong, terdengar berita RTM melalui corong radio FM, sejak seminggu Ops Selamat Hari Raya, sebanyak lebih 22 ribu kemalangan telah berlaku membabitkan 155 kematian.

2. Berhari raya seharusnya merayakan hari kemenangan melawan nafsu, namun tidak mampu mengekang emosi di jalan raya.

3. Kemalangan memang tidak berbau, namun ianya boleh dihindari, jika pengguna jalan raya mengamalkan toleransi dan berhemah.

4. Apa yang berlaku, menurut pemeratihan penulis adalah, sikap pengguna jalan raya yang tidak sabar, kurang timbang rasa, selain menunjuk kejagoan pemanduan.

5.Tabiat memotong pada kawasan yang tidak sepatutnya memotong menyebabkan penyumbang kepada kemalangan jalan raya, selain indikasi halangan jalan raya yang dilakukan pihak polis, yang tidak meletakan amaran awal. Seharusnya ada pemberitahuan, bahawa dalam jarak tertentu, ada pemeriksaan pihak polis, agar supaya pemandu yang tidak sabar memperlahan kelajuan. Cuba bayangkan kelajuan antara 90-110km sejam, secara tiba-tiba diperlahankan, kerana ternampak sekatan jalan raya, 

6. Dalam perjalan balik kampong, penulis memerhatikan ramai pemandu tanpa mengira jenis kenderaan memecut laju, seolah-olah jalan raya milik peribadi mereka. 

7. Tabiat tidak memberi peluang kepada pemandu lain memasuki lorong, penulis lihat salah satu penyebab kemalangan.

8. Hari Raya sepatutnya dirayakan untuk bergembira, namun bertukar hari sedih kepada mereka yang terlibat kemalangan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2823