MENGAPA nasib rakyat Malaysia dikatakan malang? Sebabnya hanya satu, iaitu mempunyai pemimpin yang sentiasa berpolitik tidak mengira masa.
Sepatutnya selepas plihanraya Umum (PRU) mereka yang diberi mandat, meneruskan kerja, menunaikan janji-janji, demi rakyat dan negara.
Tetapi apa yang berlaku, para pemimpin terus berpolitik sepanjang masa mengabaikan mandat yang diberikan rakyat.
Akibat berpolitik, keputusan PRU pun boleh berubah, parti yang sepatutnya memerintah, dinafikan memerintah. Kerana faktor ini lah, telah menjadikan nasib rakyat Malaysia itu begitu malang.
Tindakan pemimpin kononnya diluar kotak, sehinggakan menimbulkan krisis politik, menyebabkan lagi nasib rakyat semakin malang.
Kerana nasib malang yang dihadapi rakyat, instituasi yang bebas/neutral pun menunjukkan kebosanan, yang mana kebosanan itu ditunjukkan menerusi nasihat, seperti mana Titah YDP Agong semasa pembukaan Parlimen pada 18 Mei, 2020, dan juga ancaman seperti Titah DYMM Sultan Johor baru-baru ini bahawa Baginda akan membubarkan DUN negeri itu jika wakil-wakil rakyat terus berebut kuasa.
Ancaman Covid-19 yang melanda negara dan dunia, sepatut menjadi pemangkin kepada semua pemimpin untuk bekerja ke satu arah, iaitu menyelematkan rakyat dan negara, tetapi ianya tidak berlaku, seolah-olah musibah tersebut sebagai wadah berpolitik dan medan berebut kuasa.
Tan Sri Muhiyiddin Yassin dalam satu temu bual selepas dilantik sebagai PM-8, telah mengutarakan visi beliau, khususnya dalam tempoh wabak Covid-19, untuk sementara waktu melupakan hal-hal politik, sebaliknya mengembelingkan tenaga untuk membendung wabak, menangani isu-isu ekonomi dan cuba menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi rakyat.
Malangnya pendirian itu bertolak belakang dengan pemimpin yang ingin merebut kuasa, golongan ke dua ini saban hari berpolitik, termasuk melakukan usul tidak percaya kepada kerajaan.
Kalau kita amati secara jelas, krisis politik negara ini ditimbulkan sendiri oleh para pemimpin yang diberi mandat oleh rakyat pada PRU-14. Kerana tindakan mereka, maka Perdana Menteri yang mereka pilih terpaksa meletakkan jawatan. Kerana perletakkan jawatan tersebut, maka dengan sendirinya kerajaan yang ditubuhkan juga terbubar atau tumbang.
Mungkin, perletakkan jawatan PM dan tumbangnya kerajaan, dan kemudian perlantikan PM yang baharu dan pembentukan kerajaan yang baharu, maka krisis poltik terhenti, sekurang-kurangnya sehingga PRU akan datang. Akan tetapi situasi tidak lah demikian, malah semakin parah krisis politik.
Apa kah yang mengaku sebagai pemimpin ini, tidak terfikir langsung bagai mana rakyat menderita selain terseksa semasa wabak covid-19 ini? Di mana sudah naluri kemanusian mereka?