SEPATUTNYA pada petang jumaat (5 Jun 2020) sidang media Tun untuk mengumumkan, bahawa kerajaan Tan Sri Muhiyiddin Yassin kehilangan sokongan majoriti, namun ianya tidak menjadi apabila MP yang diperkirakan akan mengumumkan menarik sokongan sebaliknya yang berlaku.
Kerana misi yang tidak kesampaian, sehinggakan Tun berkata bahawa sokongan terhadap PH Plus seperti iklan chipmore sekejap ada sekejap tak ada.
Pada khamis berlaku dua perjumpaan yang berbeza di antara para pemimpin PH Plus. Perjumpaan pertama membabitkan Tun, Datuk Shafie Apdal, Lim Guan Eng, Mat Sabu, Anthony Loke dan Dato Mukhriz Mahathir. Perjumpaan kedua membabitkan Dato Seri Anwar Ibrahim, Mat Sabu, Lim Guan Eng, Anthony Loke dan Dato Saifuddin Nasution Ismail.
Pada petang Khamis juga, Timbalan Menteri Kerja Raya yang juga MP Sri Gading meletakkan jawatan serta merta sebagai timbalan menteri. Selepas menghantar surat, beliau bergegas berjumpa Tun dan disambut dengan lagu Bersatu, dan catitan Selamat Kembali.
Ada lah dipercayai dua perjumpaan pemimpin PH Plus pada Khamis, ekoran desas desus 3MP daripada Bersatu akan menyokong semula Tun. Desas desus itu dikatakan akan dimuktamadkan pada petang jumaat.
Namun, apa yang berlaku, selain sokongan MP yang dimaksudkan kekal menyokong TSMY, malah berikrar tidak akan bakal meletakkan jawatan. Dengan pendirian tersebut, maka cubaan untuk menghilangkan sokongan terhadap TSMY gagal.
Kini, bukan sahaja usaha menghilangkan sokongan terhadap PM tidak menjadi, malah mendapat suntikan baharu, apabila MP Lubok Antu daripada PKR Jugah Muyang keluar parti dan seterusnya membuat ikrar menyukung kerajaan TSMY dan GPS.
Nampak gayanya, gerakan menumbangkan kerajaan TSMY semakin tidak kesampaian, kerana kerajaan yang didoakan oleh rakyat ini semakin hari semakin kukuh, ibarat diam ubi berisi!!!.
Tun dapat merasakan sudah, bahawa gerakan beliau menumbangkan kerajaan campuran TSMY semakin tidak menjadi, sebab itu mengunakan cara lama beliau dengan membuat berbagai dakwaan dan tuduhan, menembak peluru kapur merata tempat. Menuduh kerajaan TSMY mahu mengganti Datuk Noor Hisham Abdullah sebagai DG KMM dengan ahli politik, sedangkan jawatan DG adalah untuk penjawat awam, menuduh kerajaan menggunakan SPRM untuk menangkap pemimpin ARMADA, sedangkan yang ditangkap itu ada kaitan dengan laporan kehilangan wang MP Muar, penyokong beliau.
Dalam sidang akhbar petang tadi, Tun mengancam SPRM untuk menghentikan siasatan, untuk menghentikan beliau membongkar salah laku kerajaan. Malah beliau juga mengancam untuk menggunakan media asing untuk membongkar salah laku Kerajaan. Namun, apabila ditanya wartawan, berkaitan salah laku kerajaan, mantan PM 4, 7 dan 7i itu belum bersedia mendedahkannya.
Mungkin Tun sudah terbiasa mengunakan agensi kerajaan menekan lawan, sebab itu beliau berfikiran, maka tindakan serupa juga digunakan.
Semasa PH berkuasa 22 bulan, ramai pemimpin di bawa ke mahkamah oleh SPRM, dengan berbagai dakwan yang pelik-pelik, manakala para pemimpin PH walaupun sedang dibicarakan dibuang kes dan ditutup. Mungkin Tun terkenang tindakan seperti itu..