Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

TAN SRI MUHIYIDDIN YAKIN KERAJAAN BELIAU KUKUH

$
0
0

TERFIKIR kah anda, jika seseorang Perdana Menteri bertindak menyingkirkan 5MP daripada parti sendiri sedangkan mereka itu berpotensi memperkuat kedudukan, jika beliau tidak mempunyai strategi mengatasi tindakan tersebut?

Sepakara lagi, TSMY macam tidak terkesan dengan tindakan MP Sri Gading-Datuk Dr Shahruddin Md Salleh meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya, dan selepas mengumumkan perletakan jawatan dilihat berjumpa Tun Dr Mahathir.

TSMY sedar gerakan menumbangkan kerajaan campuran beliau yang diketuai Tun dan Dato Seri Anwar Ibrahim sedang rancak diadakan. 

Tindakan tersebut, ingin membawa semula krisis politik dalam negara. 

Namun bezanya, jika krisis politik pada Februari lalu kerana perletakkan jawatan Perdana Menteri, senario di depan adalah undi tidak percaya kepada kerajaan semasa sidang parlimen untuk menimbulkan semula krisis.

Pada keadaan sebelum sidang parlimen, tindakan yang boleh dilakukan PH Plus, hanya mengumpul sebanyak mungkin surat akuan (SD) dan jika melepasi angka 112 boleh lah menghadap YDP Agong. Walaupun itu berlaku, YDP Agong terpaksa juga menunggu sidang parlimen, kerana kuasa memanggil sidang parlimen adalah kuasa Perdana Menteri sebagai Ketua Majlis Mesyuarat.

Atas kesadaran tersebut, maka pemimpin PH Plus tidak menghadap YDP Agong untuk menyembahkan SD, kerana Agong tidak ada kuasa memecat Perdana Menteri dan seterusnya menggantikannya dengan yang lain.

Apa pun senarionya, jika PH Plus tidak berjaya dalam usul tidak percaya, mereka akan terus berbuat demikian melalui penolakan Bajet Negara tahun 2021.  Jika mereka berjaya, pengertiannya kerajaan tidak mempunyai sokongan majoriti, tetapi tidak membawa pengertian kerajaan tidak wujud atau tumbang, sebaliknya kerajaan berstatus kerajaan minoriti. Pada kedudukan ini, kerajaan terus berfungsi, tetapi tidak dapat meluluskan bajet atau mungkin tambahan bajet. Tetapi, kerajaan terus berfungsi seperti biasa.

Namun, pada keadaan status kerajaan minoriti, sudah tentu, pembangkang akan terus mendesak, supaya Perdana Menteri dan kabinetnya meletakkan jawatan. Pada keadaan ini, Perdana Menteri boleh menasihatkan YDP Agong membubarkan Parlimen untuk membuka jalan PRU-15. Jika jalan tersebut dipilih, maka hasrat PH Plus untuk kembali ke Putrajaya, hanya akan berlaku, jika mereka menang pilihanraya.

Senario ini perlu difikirkan oleh 2-3 MP daripada Bersatu yang mempunyai hasrat menimbulkan semula krisis politik, apa tah lagi keadaan wabak Covid-19 yang menyeksa rakyat belum reda dan belum ada vaksin penawar.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808