WALAUPUN Bersatu dalam keadaan bercelaru, tidak semestinya kemasukan Bersatu ke pangkauan Umno akan menyelesaikan isu yang dihadapi kerajaan PN yang bila-bila masa bakal tumbang kerana hanya mempunyai kelebihan satu kerusi selepas pendirian MP Sri Gading- Datuk Dr Shahruddin Md Salleh diragukan walaupun menyatakan kekal menyokong PN.
Jika MPT Bersatu memutuskan untuk menyertai Umno apa kah 29MP yang menyokong Tan Sri Muhiyiddin Yassin akan kekal terutama daripada kumpulan Dato Azmin Ali?.
Daripada 30MP yang bersama Bersatu-TSMY, 6MP merupakan MP Bersatu ori, 14MP mantan Umno dan 10 mantan PKR (seorang mantan PKR itu tiada kelayakan masuk dalam Umno mahupun Bersatu-hanya mungkin ahli bersekutu?
Berasaskan uraian di atas, jikapun Bersatu bercadang menyertai Umno, ianya bertujuan menghadapi PRU-15. Jika demikian, maka pembubaran parlimen, bukan isu lagi, tetapi bakal menjadi kenyataan sedikit masa lagi.
Jika Bersatu menyertai Umno, maka pada PRU-15, maka akan menggunakan common logo dengan Muafakat Nasional/BN untuk berhadapan dengan PH. Akan terbukti kah sangkaan Dr Shahruddin, bahawa beliau lebih selamat dalam Bersatu bersama PH, berbanding dalam MN? Kerana jika dilihat undi pada PRU-14 di Parlimen Sri Gading, PH mendapat undi 21,511, (BN 18,233 + Pas 4,548)=22,781.
Jika dilihat pada Parlimen Tanjung Piai, pada PRU-14, PH mendapat undi 21,255, manakala (BN 20,731+ Pas 2,962)=23,693 undi, sementara semasa PRK BN 25,466 dan PH (Bersatu) 10,380. Jumlah undi Bn malah bertambah sebanyak 1,773 atau 7.48%. Jika peratusan yang sama dipanjangkan di Parlimen Sri Ganding, kemunkinan undi BN akan menjadi 24,485, ertinya, hujah Dr Shahruddin bahawa beliau lebih selamat bersama PH terbukti silap.
Jika PRU-15 diadakan, besar kemungkinan majoriti rakyat Malaysia akan memberi mandat kepada MN/BN dengan kuasa 2/3, kerana kebosanan menghadapi kerajaan yang tidak stabil, jika kerajaan yang terbentuk mempunyai lebihan kerusi yang tipis.
Penulis amat yakin, di kawasan melayu/bumiputera majoritinya akan dimenangi MN/BN.
Penulis lebih gemar PRU-15 diadakan, berbanding mengembalikan kerajaan PH, jika benar lah kerajaan PN tumbang kerana kehilangan sokongan wakil rakyat.