TAN SRI MUHIYIDDIN YASSIN selepas mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-8, menjadikan beliau pemimpin ke-7 menjadi Perdana Menteri, atas sebab, PM-4 dan PM-7 adalah orang yang sama.
PM-8 perlu mengutamakan pembentukan kabinet, kerana sejak 24 Februari, negara tiada kabinet Persekutuan.
Walaupun YDP Agong telah membuat keputusan berkaitan perlantikan PM-8, yang mana sebelum keputusan itu dibuat, semua pihak terutama Pakatan Harapan telah memberi kepercayaan dan keyakinan penuh atas kebijaksanaan dan budibicara YDP Agong, akan tetapi, apabila keputusan Agong tidak menybelahi mereka, berlaku lah seperti kata peribahasa-Rumah Siap Pahat Berbunyi.
2 jam selepas YDP Agong menitahkan Tan Sri Muhiyiddin Yassin sebagai PM8, Pakatan Harapan mendakwa, titah itu silap, kerana calon mereka yang patut dilantik kerana mendapat sokongan 114, malah mereka mengeluarkan senerai excel termasuk menyenaraikan beberapa ahli parlimen-Sipanggam Rengam, Bukit Gantang, Keningau, Serian dan Sri Aman, malangnya semua MP tersebut menolak menyokong calon PH, sebaliknya menegaskan menyokong TSMY.
Hakikatnya, babak dalam kemelut politik Malaysia, termasuk Gerakaan Awal Pagi Sabtu (29 Februari, akan disambut 4 tahun sekali) sudah berakhir, dengan perlantikan TSMY sebagai PM-8.
Ekoran kemelut politik Malaysia yang bermula pada 24 Februari, kerana perletakan Jawatan Perdana PM-7, dan tumbangnya Kerajaan Pakatan Harapan, kerana kehilangan majoriti mudah, selepas Bersatu dengan 26 ahli parlimen (kemudiannya 3 membuat U-Turn) dan kumpulan Azmin keluar beramai-ramai, telah membuka ruang kepada gabungan baharu menubuhkan kerajaan Persekutuan.
Kerajaan baharu tersebut, telah mengembalikan status quo politik negara yang biasa diamalkan sejak merdeka, iaitu, golongan bumiputera menguasai pemerintahan, manakala golongan yang bukan menguasai ekonomi dan perundangan dan bidang-bidang lain.
Amalan bekerajaan negara bertukar selepas PRU-14, apabila rakyat minoriti menguasai politik serentak dengan penguasaan ekonomi dan perundangan. Kerana perubahan yang mengejutkan itu, rakyat majoriti belum bersedia menerimanya, sehinggakan menimbulkan keresahan luarbiasa.
Melihat senario politik selama seminggu begitu panas, untuk meredam suhu tersebut, maka syogianya, persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan pada 9 Mac, ditangguhkan pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai, bukan sahaja memberi ruang kepada majlis angkat sumpah kabinet, akan tetapi memberi ruang menerima titah YDP Agong secara lapang dada.