Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PRK KIMANIS- IBU KEPADA 10 PRK PASCA PRU-14?

$
0
0
18 Januari, 2020, hanya berbaki kurang daripada 36 jam, apabila 29,664 (kurang 9 pengundi awal) pengundi Kimanis bakal menunaikan tanggungjawab samada memilih calon No-1 Datuk Mohammad Alamin daripada BN atau calon No-2 Datuk Karim Bujang daripada Warisan,

Banyak pemerhati politik, melihat PRK kali ke-10 selepas PRU-14 ini, merupakan IBU kepada semua PRK pasca PRU-14.

PRK kali ini, merupakan UJIAN bagi Warisan dan Umno Sabah.  Bagi Warisan, mahu melihat bagai mana sambutan pengundi terhadap sebuah kerajaan yang dibentuk menerusi pintu belakang, manakala bagi Umno Sabah/Bn mahu melihat, apa kah parti itu masih relevan di arena politik Sabah.

Mengapa PRK Kimanis diberi jolokkan IBU kepada semua PRK? sebabnya, apa kah Warisan mampu membendung kemenangan Umno/BN, kerana PRK terakhir di Semenanjung dimenangi BN dengan bergaya, termasuk kemenangan di PRK Tg Piai, dengan majoriti lebih 15 ribu undi.

Bagi penganalisa politik Sabah, kemenangan calon DAP di PRK Sandakan, bukan penunjuk arah sambutan pengundi Sabah, kerana komposisi pengundi di kawasan tersebut tidak mewakili secara umum pengundi Sabah.

Pada PRK ini, beberapa isu ditimbulkan, khususnya oleh parti Umno/Bn iaitu isu Pas Sementara Sabah (PSS). Isu PSS telah mewarnai sepanjang tempoh kempen, kerana isu itu merupakan isu teratas yang dekat dengan hati rakyat.

Selain itu, calon kerajaan pula bercakap berkaitan pembangunan. Menurut juru-juru kempen yang meyokong parti kerajaan, hanya kemenangan Datuk Karim Bujang sahaja menjamin pembangunan dan kemajuan bagi kawasan parlimen tersebut. Mungkin para juru kempen itu tanpa menyedari bahawa 2 DUN dalam kawasan itu diwakili ADUN kerajaan, dan seorang daripadanya adalah pembantu menteri. Mungkin yang dimaksudkan oleh para juru kempen itu adalah dana Persekutuan yang disalurkan menerusi ahli parlimen.

Bagi pendapat penulis, apa pun sepak terajang para juru kempen bagi PRK ini, pada hakikatnya majoriti pengundi daripada 29,664 pengundi berdaftar- awal-awal lagi telah membuat keputusan, atas sebab itu, setakat ini, tiada pihak yang berani mengatakan calon mana yang bakal menang mutlak, melainkan keadaan masih seimbang, iaitu 50:50; kerana pengundi Kimanis bukan sahaja kenal dengan dua calon yang bertanding, malah mereka juga tahu trek rekod kedua-duanya.

Jika diperhatikan di lapangan, sambutan pada setiap kali kempen perdana Umno/Bn, termasuk ceramah Muafakat Rakyat Sabah semalam di Kimanis Central, kenampakan, sambuatan terhadap parti pembangkang itu bersaing rapat dengan calon kerajaan, walaupun calon kerajaan mempunyai semua kelebihan daripada segi jentera, sokongan para pemimpin politik, selain sokongan dana daripada Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Penulis melihat, pengundi Kimanis ada yang tersinggung khususnya cara para juru kempen calon kerajaan, yang tidak lengkap dengan senario atau latar belakang politik Sabah, yang sentiasa menyalahkan kerajaan dahulu, sedangkan rakyat atau pengundi kawasan tersebut dengan mudah  dapat membandingkan pencapaian antara dua kerajaan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808