Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PRINSIP TIDAK BERSALAH HINGGA DIBUKTIKAN BERSALAH

$
0
0
HAKIKAT penggunaan PRINSIP TIDAK BERSALAH HINGGA DIBUKTIKAN BERSALAH ada dua versi, iaitu versi pertuduhan sedang dibicarakan di makamah dan versi kedua tertuduh dibicarakan di mahkamah rakyat.

Antara dua versi tersebut, tertuduh dibicarakan di mahkamah, boleh membela diri dengan mengemukakan fakta-fakta atau alibi pembelaan kepada Hakim, dan keputusan dibuat oleh hakim atau hakim-hakim, maka dalam situasi ini, boleh lah seseorang yang kena tuduh itu perlu dilabelkan dengan prinsip di atas. Namun mereka yang sedang dibicarakan di mahkamah rakyat, prinsip itu sukar digunapakai, kerana rakyat mempunyai persepsi sendiri, yang menjurus kepada memutuskan seseorang bersalah tanpa dapat membela diri, seperti mana keputusan rakyat pada PRU-14, yang menghukum BN hanya kerana isu yang membabitkan Perdana Menteri.

Pasca PRU-14, beberapa pemimpin kerajaan lalu sedangkan berhadapan dengan berbagai tuduhan di mahkamah, sedangkan sebelum ini, ada pertuduhan itu telah lama ditutup, kerana ketiadaan bukti kukuh untuk digunakan di mahkamah, namun diangkat semula selepas pertukaran kerajaan, sebaliknya isu-isu yang mempunyai bukti-bukti kukuh, malah ada yang sedang dibicarakan ditutup, atau diberi LABEL tiada tindakan lanjut (No Further Action=NPA).

Benarlah, sekali air bah sekali pantai berubah. Jika dahulu, pertuduhan terhadap pemimpin-pemimpin kerajaan lalu, tiada bukti untuk pertuduhan, maka menerusi kerajaan baharu maka ada pula bukti, makna kata, ianya seperti melihat "two sides of the coin", kerajaan lalu melihat para pemimpinnya tiada isu, melainkan para pemimpin yang membangkang, maka kini ianya serupa.

Oleh kerana pendekatan yang serupa, maka RAKYAT atau mahkamah sebagai pengadil perlu berhati-hati, dan perlu sentiasa menggunapakai PRINSIP TIDAK BERSALAH HINGGA DIBUKTIKAN BERSALAH.

Kita sebagai rakyat, jangan termasuk menerima fitnah dan pembohongan sebagai sesuatu yang betul dan benar.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808