Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PM-8 MASIH SIMPANG SIUR

$
0
0
MELIHAT senario isu-isu semasa, Malaysia tidak akan mendapat PM-8 setidak-tidaknya untuk penggal ke-14 parlimen.

Isu terbaharu yang dihadapi "bakal" PM-8 tidak boleh diambil mudah, dan isu lah yang menjadi penghalang kepada Dato Seri Anwar Ibrahim.

Apabila munculnya dakwaan terbaru terhadap Anwar, Perdana Menteri berada di luar negara. Makna kata, mustahil untuk sesiapa cuba mengaitkan apa-apa yang berlaku di dalam negara kepada Mahathir.

Apa yang menghairankan, apabila dakwaan itu timbul tiada pimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) yang bersuara hatta peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, yang pernah mewakili Mahathir dalam beberapa kes sebelum ini, memilih untuk mewakili bekas penyelidik Anwar, Muhammed Yusoff Rawther yang mendakwa menjadi mangsa perlakuan tidak senonoh Anwar.

Kebetulan juga, setiap kali Mahathir berada di luar negara, wartawan asing akan mengasak beliau mengenai soal peralihan kuasa.

Bilakah Mahathir akan berundur? Apakah betul beliau akan menyerahkan kuasanya kepada Anwar?

Seringkali jawapan Mahathir agak sama, iaitu menjawab dengan samar bila beliau akan mengundurkan diri, tetapi kekal dengan pendirian baton itu akan diserahkan kepada Anwar.

Mahathir juga menjawab dengan konsisten beliau akan berundur selepas menyelesaikan masalah besar negara? 

Namun pada 14 Disember lalu di Doha, 2 hari selepas Anwar disoal siasat polis berhubung dakwaan salah laku seks membabitkan bekas pegawai penyelidiknya, Mahathir memberikan jawapan sedikit berbeza ketika ditanya soal peralihan kuasa.

Pertama, Mahathir berkata, beliau akan merasmikan Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)yang dijadualkan berlangsung di Malaysia pada November 2020.

Beliau juga memberi bayangan akan kekal mentadbir negara selepas 2020 dengan mengulangi beliau hanya akan berundur selepas menyelesaikan masalah besar negara.

Ini jelas bercanggah kehendak penyokong Anwar yang mahu beliau berundur pada ulang tahun ke-2 kemenangan PH pada Mei 2020.

Kedua, beliau tidak lagi menyebut nama Anwar dan sebaliknya berkata beliau tidak dapat menjamin siapakah yang akan menggantikannya sebagai perdana menteri.

“Saya pernah berikrar akan mengundurkan diri sebaik saja menyelesaikan masalah-masalah besar yang ditinggalkan kerajaan sebelumnya. Saya berikrar akan mengundurkan diri jika seorang calon kepimpinan sudahpun dinamakan PH,” katanya.

Senyap sunyi di dalam PH kali ini apabila Mahathir bersuara sedemikian rupa di Doha.

Menariknya, Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng menyeru ahli parti itu tidak lagi mempersoalkan pelan peralihan kuasa ketika merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Pulau Pinang Ahad lalu.

Apakah skandal seks untuk sementara waktu PM-8 tidak pasti?

Jika ya, maka ianya sesuatu yang betul, untuk membolehkan kerajaan benar-benar fokus mentadbir kerajaan sehingga parlimen dibubarkan berbanding berlakunya pergantian Perdana Menteri di pertengahan jalan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808