PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR) merupakan parti terbesar negara, selepas UMNO kehilangan wakil rakyat kerana berpindah parti.
Tidak semana-mana parti itu bergolak, kemungkinan besar kerana isu perebutan Perdana Menteri ke-8.
Julung kali berlaku pada parti itu sejak ditubuhkan pada tahun 1998, usul tidak percaya dicadangkan untuk Presiden.
Selepas kewujudan 20 tahun, ini lah kali pertama usul tidak percaya dicadangkan, dan kebetulan pula, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Presiden.
Isu yang sedang dihadapi parti itu, akan berlakunya 2 kongres, yang satu diketuai Anwar dan yang satu lagi diketuai timbalan beliau- Azmin Ali.
Jika 2 kongres benar-benar belaku, maka akan melihat daripada segi kehadiran ketua-ketua cabang dan MPP.
Menurut Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, parti tidak pernah bersetuju untuk mengadakan kongres lain.
Usul tidak percaya biasanya dilakukan semasa persidangan cabang. Pun demikian, cadangan usul tidak percaya atau menyokong boleh dilakukan sebelum kongres melabuhkan tirainya.
Kalau lah benar-benar terlaksana usul tidak percaya, maka akan berlaku pada kongres yang diketuai Azmin, jika hanya jika, kongres serupa itu akan berlaku.
Rakyat akan memperhatikan, apa akan berlaku pada PKR. Jika benar-benar parti itu berpecah, maka KEMUNGINAN besar, tidak akan berlaku pergantian PERDANA MENTERI dan terpaksa menunggu PRU-15 untuk menentukan siapa PERDANA MENTERI ke-8 negara.
Kalau lah itu kesudahannya, maka rakyat negara ini lah yang menentukan, sesuai dengan keputusan PRU-15.