Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

MENGAPA RAKYAT MISKIN MASIH BERGANTUNG BANTUAN KERAJAAN?

$
0
0
KATA-KATA berusahalah. Ubahlah kehidupan diri sendiri. Bukan sahaja diulang-ulang oleh pemimpin akan tetapi juga salah satu ajaran dalam agama. 

MASALAHNYA (pinjam awal kata speaker- bagi membuka ruang perbahasan)- rakyat yang miskin itu berhadapan dengan faktor luar kawalan. Seperti juga ungkapan para menteri, ekonomi Malaysia, nilai ringgit, harga minyak jatuh, diluar kawalan negara. Apa kah kerana faktor luar kawalan ini, maka para pemimpin negara malas, tiada kemampuan, malah tiada idea atau tiada usaha? 

Demikian juga rakyat yang tergolong susah atau miskin. Apabila musim monsun datang, bukan sahaja tidak dapat menoreh getah, akan tetapi kawasan kebun dilanda banjir. Para nelayan juga tidak dapat turun ke laut kerana angin, malah ombak besar boleh menelan nyawa. Bagi pesawah pula, tanaman padi rosak binasa, bukan sahaja tiada hasil, kos bibit, kos baja, kos membajak hilang begitu sahaja. 

Bagi mereka yang berniaga kecil-kecilan, seperti kedai runcit, waruk kopi, atau warung makan, ketiadaan pelanggan merupakan masalah utama, sehinggakan operasi rugi, sebabnya kurang pelanggan, kerana daya beli rakyat rendah.

Gaji penjawat awam pula, hanya sebahagian kecil digunakan untuk membantu peruncitan, kerana gaji terbahagi kepada keperluan membayar angsuran kereta, rumah, malah untuk belanja anak-anak belajar.

Pendek kata, tanpa industri yang tidak terpengaruh dengan alam, yang membuka peluang pekerjaan sebagai kaedah sumber pendapatan rakyat, maka mereka yang tergolong miskin yang biasanya berkerja dipengaruhi fenomena alam akan kekal mengharap bantuan kerajaan. Contoh paling mudah, adalah peneroka FELDA. Rancangan pembanguan Tanah oleh Kerajaan Persekutuan itu wujud di era Perdana Menteri ke-2 negara- Allahyarham Tun Razak, namun seingga kini, bantuan kerajaan tidak pernah terhenti. Kerana bentuk bantuan kepada mereka sangat signifikan kepada kehidupan mereka, sehinggakan boleh menolak kerajaan yang berbudi kepada mereka lebih setengah abad, hanya kerana janji PEMANSUHAN segala hutang, selain penambahan bantuan kewangan kepada mereka.

Contoh lain lagi adalah pekebun getah yang terdaftar pada Lembaga Tabung Getah Sabah (LTGS) yang mempunyai kebuh di bawah 6 hektar, mereka ini masih diberi bantuan RM200 sebulan untuk tempoh 3 bulan musim monsun. Bukan sahaja pekebun diberi bantuan, akan tetapi Timbalan Ketua Menteri Sabah pun masih diberi bantuan monsun.

Rakyat yang masih bergantung harap kepada tanah dan laut, akan terus tergolog perlu mendapat bantuan daripada kerajaan, kerana pendapatan mereka akan sentiasa lebih rendah berbanding kos sara hidup yang lebih laju peningkatannya berbanding pendapatan golongan ini.

Oleh itu, jika kerajaan mahu sangat atau mengurangkan bantuan kepada golongan ini, kawal lah harga barang keperluan harian atau tingkatkan harga komoditi mereka, atau adakan peluang pekerjaan yang boleh menjadi alternatif.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808