MEREKA yang menyokong Parti Warisan Sabah sangat berpuas hati dan bergembira, kerana niat mereka agar 600 ribu PATI diberikan dokumen sah untuk menghindar operasi DIBURU, DITANGKAP DAN DIHANTAR PULANG.
Mereka yang menyokong Parti Warisan Sabah bergembira kerana 90 buah kampung baru dibuka di kawasan hutan simpan negeri yang membabitkan hampir 1,700 hektar.
Mereka yang menyokong Parti Warisan Sabah bergembira kerana geran komunal dimansuhkan, sebaliknya diberikan geran secara perorangan.
18 bulan Kerajaan Warisan memerintah negeri, yang berubah 3 perkara yang disebutkan, dan hanya untuk penyokong Parti Warisan, bukanpun untuk rakyat Sabah secara keseluruhan.
Kepentingan rakyat Sabah secara umumnya tidak dipedulikan, sebaliknya kerajaan pimpinan Datuk Shafie Apdal hanya mementingkan “lifestyle” para menteri apabila memberikan kereta baru berjenama M-benz. Kereta ini, boleh dimiliki sepenuhnya dengan membayar token kepada kerajaan selepas tamat tempoh kerajaan.
Apa yang ada untuk rakyat? penyediaan peluang pekerjaan seperti yang dijanjikan, selain penyediaan peluang pekerjaan rakyat Sabah yang masih tinggal di Sabah, juga membawa balik lebih 400 ribu yang sedang bekerja di merata tempat di Semenanjung.
Apa yang ada untuk rakyat? semasa sidang DUN Sabah, isu air dan jalanraya memenuhi perbahasan wakil-wakil rakyat.
Apa yang ada untuk rakyat? kos sara hidup terus meningkat. Mereka yang mendapat bantuan BSH berkurang. Para nelayan, petani dan pekebun yang dulu menerima bantuan sara hidup bukan sahaja dikurangkan jumlahnya, akan tetapi amaun yang diberikan berkurang, dan bakal dimansuhkan.