Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

KABINET PERSEKUTUAN- ROMBAKAN TIDAK AKAN BERLAKU

$
0
0
WALAUPUN ada spekulasi bahawa rombakan kabinet Persekutuan akan berlaku ekoran kekalahan teruk calon PH di PRK Tg Piai, namun ianya tidak akan berlaku selagi di sesi Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Rombakan kabinet, tidak menjamin keadaan akan lebih baik, kerana mekanisme kabinet itu sendiri yang berkerja berpasukan, iaitu pelaksana sebarang keputusan yang dibuat secara kolektif.

Penerimaan rakyat dilihat kepada berkesannya keputusan kabinet yang diterjemahkan menerusi kementerian-kementerian dan agensi kerajaan untuk mentadbir negara, bukannya bergantung kepada anggota kabinet secara individu.

Untuk menarik keyakinan rakyat, adalah terletak kepada cara kabinet bekerja dan membuat keputusan secara kolektif.

Rakyat Malaysia beruntung kerana diberi peluang menilai pada dua bentuk kerajaan. Kerajaan masa lalu dan kerajaan sekarang. 

Hanya menerusi pilihanraya umum sahaja, akan diketahui, mana satu pilihan rakyat. 

Keputusan PRK bukan lah pengukur penerimaan atau penolakkan rakyat, walaupun ianya boleh menjadi pembangkit semangat pada pihak yang menang.

Melihat keputusan-keputusan PRK sebelum PRU-14 atau PRU-PRU sebelumnya, keputusan PRK tidak menunjukkan kecenderungan pengundi semasa PRU.

Parti yang menang dalam PRK jangan dulu mendabik dada seperti kata peribahasa burung terbang dipipiskan lada, kerana kecenderungan rakyat semasa PRU dan PRK sangat berbeza,

Benar lah kata Tun, merombak kabinet, tiada jaminan mengubah persepsi rakyat. Perkara mustahak adalah untuk menambah baik perjalanan pemerintahan dan pentadbiran.

Kerajaan semasa masih ada 3 tahun memperbetulkan keadaan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808