Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2801

1MDB: Temuan Polis Thailand

$
0
0
1. Menurut temuan Polis Thailand pada Khamis 16 Julai yang menyiasat warga Swiss Xavier Andre Justo terdapat nama-nama individu tertentu antaranya Tong Kooi Ong, Ho Kay Tat, Tony Pua, Sufi Yusof, Kamal Sadiqque, Clare Rewcastle-Brown dan Tun Dr Mahathir, adalah para individu yang terlibat memperolehi data digital yang dicuri Justo daripada mantan majikannya PetroSaudi.

2. Data atau maklumat tersebut disiarkan oleh Sarawak reports, namun Justo mengaku, bahwa dia tidak terlibat menokok tambah maklumat tersebut yang mengaitkan dengan 1MDB Malaysia.

4. Umum mengetahui bahawa laporan bersiri Sarawak Reports berkaitan 1MDB adalah keterkaitan rakan usahasama syarikat milik Kementerian Kewangan tersebut dengan PetroSaudi, di mana dikatakan wang yang berasal daripada 1MDB sebanyak USD700juta dipindahkan ke akaun Good Star di Swiss, dan dikatakan akaun tersebut dikawal Jho Low, tauke kontoversial yang merupakan rakan baik anak tiri DS Najib Razak-Reza Aziz.

5. Reza Aziz dikatakan membeli beberapa apatment mewah di New York yang berharga ratusan juta dollar, malah terlibat dengan penerbitan filem The wolf of Wall Street- sebuah filem lucah.

6. Temuan polis Thailand antara lain melibatkan bayaran USD2juta kepada Justo bagi mendapatkan maklumat yang dicuri tersebut. Polis Thailand bagi memperkuat fakta-fakta yang dituturkan Justo telah mendapatkan maklumat atau data pertemuan Justo dengan para individu tersebut antara lain di sebuah hotel di Sinagpura selain data atau maklumat yang diperolehi berbentuk e-mail dan pesanan watshap.

7. Maklumat temuan polis Thailand tersebut, juga disokong oleh pendedahan seorang mantan wartawan Sarawak Reports yang pernah berkerja dengan Radio Free Sarawak milik Clare Rewcastle-Brown, bahawa founder Sarawak Reports tersebut telibat dengan pengubah suaian maklumat daripada Justo dengan tujuan mencemarkan imej Perdana Menteri Malaysia DS Najib Razak.

8. Bagi pembangkang, kini mereka mengwar-warkan bahawa maklumat yang didedahkan oleh Justo dan Lester Melanyi, kononnya tiada merit, kerana atas asas latar belakang dua individu tersebut. Tujuan mereka adalah mematikan pembawa berita, agar supaya berita yang dibawa dianggap tiada kredibilti.

9. Berdolak daliknya pembangkang, apabila terkena batang hidung sendiri, kerana selama ini mereka (Tony Pua, Rafizi Ramli, Lim Kit Siang) kerap berkata, jangan pandang pembawa message tetapi isi message. Namun, oleh kerana mereka terperangkap, maka timbullah dolak dalik.

10. Kini semakin terdedah pembohongan Tony Pua berkaitan Justo, kerana pada 2 Julai sebaik sahaja The Wall Street Journal menulis berkaitan wang RM2.6bilion konon dimasukkan ke akaun peribadi DS Najib Razak di AmBank, Pengarah Strategik Barisan Nasional- Dato Abdul Rahman Dahlan ada bertanya kepada Tony Pua melalui twetter, apa kah pernah berjumpa dengan Justo, jawapan Tony, bahawa beliau "no clue" berkenaan dengan Justo. Kini, apabila Justo mengakui bahawa Tony Pua adalah salah seorang individu yang mendapat maklumat digital daripadanya (menurut Polis Thailand), maka Tony telah terperangkap, seperti mana kata Rahman, penafian MP Petaling Jaya Utara tersebut semakin terburai.

11. Kesahian nama-nama individu yang disebut Justo tersebut akan benar-benar terbukti apabila polis Thailand akan menghantar waran tangkap untuk membawa para individu tersebut ke Thailand.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2801