1.Xavier Andre Justo warga Swiss mantan kakitangan PetroSaudi yang dipecat dan ditahan di Thailand pada awal Jun kerana dakwaan menguggut mantan majikannya, sementara Lester Melanyi seorang wartawan yang kehilangan jawatan atas sebab syarikat surat khabar dia mana di bertugas Sarawak Tribune ditutup kerana tindakannya menyiar ulang karikatur Nabi Muhammad SAW pada tahun 2006.
2. Berasaskan kepada latar belakang kedua orang ini, maka sebarang message yang dibawa mereka dianggap sebagai tiada merit dan kredibliti, demikianlah di mata pembangkang.
3. Justo dalam kesaksian kepada Polis Thailand telah menyebut sekurang-kurang 10 orang individu termasuk, ahli politik, daripada Malaysia samada daripada Pembangkang mahupun Umno; demikian juga Melanyi, ada menyebut beberapa ahli politik pembangkang terlibat menokok tambah maklumat yang disiarkan oleh Sarawak reports untuk mengimplikasikan 1MDB dan DS Najib Razak.
4. Penglibatan Justo dalam fiasco 1MDB kerana dia tertangkap di Thailand dan melalui pendedahannya, maka terdedahlah, bahawa kemelut yang melibatkan 1MDB dan PetroSaudi yang diwar-warkan Sarawak Reports serta portal pembangkang tanah air khususnya The Age Malaysia, The Malaysian Insider, Free Malaysia Today serta para pemimpin pembangkang seperti Tony Pua, Rafizi Ramli yang juga turut disertai Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir.
5. Bagi lester Melanyi pula, keterlibatan wartawan tersebut kerana pendedahan Pengarah Strategik Barisan Nasional yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerjaan Tempatan Persekutuan Dato Abdul Rahman Dahlan, bahawa mantan wartawan Sarawak Tribune tersebut telah mengaku melalui satu rakaman Video bahawa Clare Rewcastle- Brown founder Sarawak reports terlibat pemalsuan dokumen bertujuan memberi impak negatif kepada Perdana Menteri- DS Najib Razak.
6. Kemelut 1MDB semakin menajdi sorotan rakyat Malaysia apabila secara berangkai pemimpin pembangkang Tony Pua dan Rafizi Ramli serta Sarawak Reports terus menerus memgwar-warkan, kononnya terdapat salah laku dalam urusniaga syarikat milik Kementerian Kewangan tersebut. Mereka mendakwa syarikat yang mampu mengumpul hutang RM41.8 bilion selama 6 tahun operasi telah melakukan salah laku, maka satu ketika menuduh bahawa wang pinjaman telah lesap.
7. Bagi memperkuat dakwaan untuk melakukan pukulan maut, dengan mempergunakan kemelut 1MDB, para pengeritik 1MDB mempergunakan The Wall Street Journal (WSJ) surat khabar kewangan milik Dow Jones yang berpangalan di Amerika Syarikat untuk membuat dakwaan bahawa wang RM2.6bilion telah dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri di AmBank.
8. Sejak tiga bulan lalu, Ketua Audit negara disertai PAC Parlimen selain petugas khas sedang memeriksa 1MDB. Laporan sementara daripada Ketua Audit negara telahpun dibuat dan diserahkan kepada PAC, namun setakat ini, belum diperolehi bukti-bukti bahawa terdapatnya salah laku.