Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

Di Saat Umno Getir- Kita Kenal Mana Pejuang dan Petualang: Salleh

$
0
0
1. Datuk Salleh Tun Said yang juga Timbalan Pengerusi Umno Sabah merangkap Ketua Bahagian Umno Kota Belud semasa berucap pada Persidangan Bahagian Umno Kota Belud pada Ahad, menzahirkan bahawa dalam keadaan Umno getir dan berdepan dengan cabaran berat, terlihat yang mana pemimpin atau ahli sebagai pejuang dan mana pula yang petualang.

2. Menurut Menteri Komunikasi dan Mutimedia tersebut, sifat kedua-dua tabiat tersebut hanya akan diketahui apabila parti dalam keadaan tertekan dan dilanda cabaran. Syukur pada Allah Subhanawalla kerana para pemimpin dan ahli parti cepat mengenal mereka-mereka yang berisfat musuh dalam selimut, musang dalam reban ayam sebelum parti tersunggur kerana tindakan mereka.

3. Sebenarnnya menurut Salleh, cabaran utama sebuah parti seperti Umno bukan datang daripada parti pembangkang, akan tetapi cabaran itu datang dari dalam parti sendiri. Atas sebab itu, para pemimpin Umno di semua peringkat dan ahli parti perlu mengekalkan semangat bersatu agar supaya parti terus kekal sebagai parti tunjang dalam kerajaan dan menguasai arena politik negara.

4 ".Kesetiaan setiap ahli diuji bukan pada waktu terang dan senang, tapi ia akan terlihat pada waktu gelap dan susah, kerana dikala itulah, kita kenal dan nampak siapa mereka sebenarnya"

5. "Di waktu parti mengharungi bermacam-macam cubaan, seperti pada waktu-waktu kebelakangan ini, kita sudah nampak dan dapat membezakan di antara pejuang dan petualang. Percayala, bahawa dalam parti ini, kita perlukan ahli yang setia. Mereka yang tidak setia tidak ada tempat dalam parti kita" 

6. Persidangan Umno Kota Belud pada kali ini disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Dato seri Zahid Hamidi. Turut hadir MP Kota Belud yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan selain seluruh AJK bahagian Kota Belud termasuk Timbalan Ketuanya Datuk Haji Musbah Jamli yang juga ADUN Tempasuk merangkap Pembantu Menteri Pertanian negeri.

7. Persidangan bertempat di dewan Tun Said Kota belud.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808