Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

Kemelut 1MDB: Benarkah Ada Geng Hang Tuah?

$
0
0
Datuk Abdul Hamid Bidor (berdiri)
1. Benarkah wujudnya Geng Hang Tuah sepertimana dakwaan bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas- Datuk Abdul Hamdi Bador? Geng Hang Tuah kononnya satu kumpulan yang menghalang lebih banyak isu untuk menjadi perhatian rakyat.

2. 1MDB syarikat milik penuh Kementerian Kewangan apabila terpalit dengan hutang sebanyak RM46bilion walaupun hanya beroperasi selama 6 tahun.

3. Syarikat yang ditubuhkan pada Tahun 2009 itu hanya bermodalkan RM1juta. Namun atas jaminan dan hubungannya dengan kerajaan, maka dipercayai oleh institusi kewangan baik dalam negara mahupun luar negara mendapat dana melalui pinjaman. Selain itu, Perdana Menteri merupakan penasihat kepada lembaga pengarah. keyakinan institusi kewangan kepada syarikat tersebut ditambah oleh artikel 117 syarikat tersebut, di mana kecil besar berkaitan urusan syarikat tersebut perlu diluluskan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan.

4.Pengurusan 1MDB telah pun merinci berbagai persoalan berkaitan 1MDB termasuk ke mana dana pinjaman digunakan. Namun penjelasan itu tidak diterima para pengeritik malah mendakwa banyak dana syarikat tersebut telah lesap termasuk dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri. Apa yang malangnya para pengeritik syarikat tersebut tidak dapat menunjukan sebarang fakta berkaitan dana yang lesap. 

5. Cubaan terakhir para pengeritik adalah memalitkan Perdana Menteri apabila menerima sumbangan RM2.6bilion daripada Timur Tengah kononnya daripada 1MDB, namun dakwaan itu disangkal SPRM. 

6. 1MDB pada masa ini sedang dalam siasatan Ketua Audit Negara, selain agensi-agensi lain seperti SPRM, polis sementara Bank Negara telahpun menyiapkan siasatan, dan laporannya telahpun diserahkan kepada Peguam negara.

7. DS Najib telah berulang kali menyatakan tidak mengambil sebarang dana daripada 1MDB, namun pengakuan tersebut langsung tidak diterima oleh pengeritik beliau.

8. Para pengeritik Perdana Menteri telah menjatuhkan hukuman terlebih dahulu sebelum siasatan selesai dibuat, ertinya mereka langsung tidak memberi peluang kepada kebenaran, melainkan bersandarkan kepada fitnah.

9. Dalam perkembangan terbaru Perdana Menteri berkata semasa merasmikan Persidangan Umno Bahagian Rantau Panjang, Kelantan bahawa Emir Qatar akan melabur bilion ringgit ke dalam 1MDB, melalui tindakan itu, telah menyangkal kononya 1MDB sebuah syarikat tidak berdaya maju.

10. Perdana Menteri telah berjanji bahawa dalam masa enam bulan akan menyelesaikan kemelut 1MDB, namun hanya sebulan, nampaknya kemelut 1MDB semakin terungkai dan hampir terselesaikan.

11. 1MDB merupakan syarikat yang telus seperti mana pengakuan CEO syarikat tersebut Arul Kanda Kandasamy, kerana sebarang maklumat berkaitan syarikat tersebut boleh diperolehi melalui website syarikat tersebut. Jika demikian, benar kah wujudnya Geng Hang Tuah seperti dakwaan bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas tersebut? maklumat apa yang disembunyikan, sedangkan maklumat syarikat tersebut dapat diperolehi melalui laporan beraudit yang dilakukan oleh juru audit bertauliah dan diiktriaf antarabangsa.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808