Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

LAPORAN AUDIT-MENGAPA ADA KEMENTERIAN SABAH RATING MENJUNAM?

$
0
0
TS Musa- Dapat Mengumpulkan Kewangan Sabah sehingga RM3.74bilion
TAHUN 2017, Laporan Ketua Audit Negara, tiada kementerian atau jabatan-jabatan atau agensi kerajaan Sabah yang berada pada rating TIDAK MEMUASKAN, malah yang terburukpun berstatus baik, ertinya rata-rata mempunyai markah tidak kurang70 peratus.

Sabah semasa kerajaan lalu, pengurusan kewangan bertahun-tahun sifar teguran daripada Ketua Audit Negara.

Adalah amat dikesali, apabila Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Negeri, bagi laporan Ketua Audit Negara tahun 2018, yang menjunam rating, ke taraf tidak memuaskan menyalahkan kerajaan lalu.

Sepatutnya, Menteri yang menerajui Kementerian itu, mencari tahu, mengapa rating pengurusan kewangan kementerian tersebut menjunam, selepas berlakunya pergantian kerajaan.

Masa sekarang, rakyat tidak mudah dikelirukan, kerana maklumat, berkaitan pengurusan kewangan semasa Kerajaan lalu, dengan mudah diperolehi.

Menyalahkan kerajaan lalu, menunjukkan, bahawa menteri yang menerajui kementerian tersebut, tidak tahu menari dikatakan lantai jongkang jongket.

Maklumat berkaitan kewangan negeri, dengan mudah diperolehi oleh rakyat. Tahun 2003, simpanan kewangan negeri hanya RM184juta. Pada penghujung tahun 2017 berjumlah RM3.74bilion, dan pada sidang Dun Sabah- Jun 2018, DUN Sabah diberitahu, simpanan kewangan negeri berjumlah RM3.4bilion.

Kerana pengurusan kewangan yang baik dan tranparen, selain simpanan kewangan negeri terus meningkat, bajet tahunan juga terus meningkat, kerana tadbir urus yang baik.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808