TIDAK sabar menanti detik itu, kerana PRU-15 itu akan menentukan apa kah NEW DEAL bagi Sabah bakal menentukan hala tuju Sabah.
Di samping pertambahan kawasan pilihan raya, dengan komposisi 36 kawasan bumiputera islam, 22 kawasan bumiputra bukan islam, 9 kawasan majoriti cina dan 6 kawasan campuran, juga bakal beraksinya para pengundi yang berumur bermula daripada 18 tahun.
PRU-15 Sabah bakal ditentukan oleh tidak kurang 1.8juta pengundi, pertambahan hampir 700 ribu berbanding PRU-14, yang mana pengundi muda sebahagian daripada pengundi yang menyumbang kepada kejatuhan kerajaan Sabah dibentuk selama 24 tahun.
Politik Sabah cukup pragmatik, walaupun pada era Umno dapat bertahan selama 5 penggal, namun berasaskan senario semasa, walaupun latar belakang politik Sabah sebelum ini, setiap parti yang memerintah boleh bertahan 2 penggal, namun pada PRU-15, belum ada kepastian mengenai arah tuju politik Sabah.
New Deal bagi Sabah merupakan cerminan hala tuju rakyat khususnya generasi selepas merdeka, kerana lebih tahun 50 selepas kemerdekaan, telah diharungi berbagai unak dan duri, termasuk bagai mana rakyat merasai impak kepada pecah dan perintah, sehinggakan hak-hak rakyat yang seharusnya telah dirasai sekian lama, hanya nampak di mata, tetapi tidak dapat digapai, tidak dapat digenggam.
Penulis melihat, walaupun New Deal yang bakal mencorak Sabah pada PRU-15, belum dicerahkan secerah-cerahnya, akan tetapi, bayangannya sudah dapat diamati.
Persoalannya, hanya terletak, bagaimana pendekatan New Deal itu, menjadi fenomena, dan sudah tentunya ianya sangat bergantung kepada pencetus pendekatan tersebut.
Politik, sebenarnya penuh dengan warna warni. Sebagai contoh, beberapa bulan lalu, tidak terbayangkan, bahawa PKR bakal bergolak, namun sejak minggu ini, parti itu, bukan sahaja bergolak, akan tetapi menanti pecah belah. Malah Tun Dr Mahathir, terpaksa mengeluarkan kenyataan, jangan babitkan beliau dalam pergolakan parti pimpinan Dato Seri Anwar tersebut.
Jangan pelik, pada PRU-15, para pemimpin yang penuh dengan pengalaman, akan menjadi pemandu kepada generasi muda, mencatur hala tuju politik Sabah menerusi New Deal!!!!.