Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

MAJLIS SILATURIM RAMADHAN MUSA DAPAT SAMBUTAN RAKYAT

$
0
0
Kedatangan penduduk Libaran ke RUMAH Sri Libaran Tan Sri Musa bermula seawal pagi pada Ahad, dan puncaknya 2 jam sebelum waktu berbuka puasa.

Sandakan dibasahi hujan petang, namun menjelang asar, hujan reda walaupun cuaca mendung. berlarutan sehingga majlis selesai.

Majlis silaturahim Musa dihadiri tidak kurang 10 ribu hadirin.

Sepanjang ucapan ringkas Musa semasa majlis tersebut, bukan sahaja mendapat tepukan gemuruh, tetapi diselengi laungan "Hidup Tan Sri".

Musa melahirkan rasa terima kasih dan terharu kepada rakyat Libaran amnya dan Sungai Sibuga khasnya, kerana sudi hadir ke majlis beliau, seperti masa-masa lalu semasa beliau berkedudukan Ketua Menteri.
Sebahagian Hadirin

Musa juga meluahkan perasaan beliau kepada penduduk Dun Sungai Sibuga yang beliau wakili selama 6 penggal, walaupun masa kini, beliau tinggal berbatu-batu daripada mereka, namun hati beliau sentiasa bersama penduduk Sungai Sibuga khasnya dan Sandakan amnya.

Sepanjang ucapan 20 minit ADUN Sibuga itu, Musa hanya bercakap berkaitan dengan perpaduan, kekeluargaan dan seterusnya memberi motiviasi kepada hadirin agar mengutamakan kesejahteraan keluarga menerusi kerja keras untuk meneruskan kehidupan, kerana persekitaran perekonomian yang sangat mencabar.

Selain itu, beliau menyeru kepada mereka yang bernasib baik, supaya terus membela kalangan keluarga yang kurang bernasib baik, kerana ianya merupakan tuntutan agama.

Sempena dengan bulan ramadhan yang penuh barakah, Musa menyampai sumbangan kepada 40 penerima Pusat Asuhan Anak Yatim Taman Sejati, 40 penerima daripada Maahad Tahfiz Rancangan Sg Manila, 25 penerima daripada Maahad Tahfiz Kg Melayu Batu 9 dan 30 penerima daripada Maahad Tahfiz (MTOS) Taman Merpati serta 20 penerima OKU cacat pengeliatan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808