TS Musa Disambut Penyokong Beliau-LT Sandakan |
RIBUAN rakyat menyambut kedatangan Tan Sri Musa Aman di Lapangan Terbang Sandakan pagi ini.
Selepas PRU-14, pada 9 Mei,2018, ini lah kali pertama mantan Ketua Menteri itu mendarat di Lapangan Terbang Sandakan.
Musa yang dipilih untuk penggal ke-6 bagi DUN Sungai Sibuga pada PRU-14, sebenarnya telah dilantik ke jawatan Ketua Menteri Sabah pada 10 Mei,2018, namun kerana pengkhiantan 6 ADUN, 4 daripada Umno dan 2 daripada UPKO selepas itu, menyebabkan beliau "tersingkir" daripada jawatan itu, walaupun penyingkiran beliau tidak mengikut Perlembagaan Negeri Sabah.
Tidak pulangnya Musa ke Sandakan amnya dan DUN Sungai Sibuga khasnya selepas PRU-14, bukan kerana penyingkiran beliau daripada jawatan Ketua Menteri, akan tetapi disebabkan masalah kesihatan yang memaksa beliau mendapat rawatan di luar negara.
Selain masalah kesihatan, beliau juga terpaksa berada di Kuala Lumpur untuk berbincang dengan para peguam beliau berkaitan isu-isu mahkamah yang beliau hadapi.
Berkat bulan Ramadhan, bulan mulia bagi umat islam, Musa diberikan keafiatan, maka beliau berpeluang kembali ke Sandakan, untuk berjumpa dan beramah mesra dengan para penyokong dan penduduk tempatan.