Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PEMBANGUNAN & KEMAJUAN BUKAN KEUTAMAAN RAKYAT SABAH?

$
0
0
KALAU lah keutamaan rakyat Sabah adalah pembangunan dan kemajuan, sudah tentu mereka tidak menolak kerajaan Barisan Nasional.

Pada masa kerajaan Bn mengambil alih pemerintahan Sabah pada tahun 1994, kadar kemiskinan, kemudahan asas bagi Sabah berada dalam keadaan daif, malah kedudukan kewangan Sabah masa itu hampir negatif.

Mengapa keadaan ini berlaku? sebabnya Sabah hanya bergantung kepada sumber pendapatan daripada kayu kayan, sedangkan keluasan hutan-hutan dara semakin berkurangan.

Keluasan Sabah yang hampir 3/4 Semenanjung, dengan kemudahan asas yang sangat kurang, memerlukan sumber kewangan yang besar untuk dimajukan, namun sumber kewangan yang terhad, maka rakyat secara umumnya berdepan dengan kemudahan asas yang daif.

Kemudahan asas seperti bekalan air bersih luar bandar (BALB), bekalan elektrik luar bandar (BELB), jalan raya luar bandar (JRLB), khususnya, berada dalam keadaan daif, meskipun Sabah pada masa itu hampir 30 tahun merdeka bersama Persekutuan Malaysia.

Melihat kepada keadan Kemajuan dan Pembangunan Sabah khususnya penyediaan kemudahan asas, maka kerajaan Bn menjadikan penyediaan kemudahan asas itu sebagai prioriti, maka untuk memajukannya, maka kerajaan telah merancang untuk menambah pendapatan, menerusi pelbagai sumber pendapatan termasuk mengerakan sektor pelancongan.

Mempelbagai sumber pendapatan negeri diperancak lagi, menerusi HALATUJU Sabah yang dilancarkan oleh mantan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman sebaik sahaja ADUN Sungai Sibuga itu dilantik ke jawatan tersebut pada tahun 2003.

Selain impak kepada HALATUJU tersebut, sumbangan kewangan daripada Persekutuan dipermudahkan khususnya pada era Perdana Menteri ke-6 Malaysia.

Pada era Dato Seri Najib Razak, KKLW diberikan peruntukan yang cukup besar, dan untuk Sabah sahaja hampir RM10bilion ringgit sehingga tahun 2015. Jika lah peruntukan yang besar itu telah sampai ke sasaran, sudah tentunya, kemudahan asas bagi kegunaan rakyat Sabah sudah diatasi, namun disebabkan dana itu tidak disalurkan langsung kepada kerajaan negeri, maka telah berlaku kebocoran sehingga RM1.5bilion seperti mana diakui SPRM semasa menyiasat dana kementerian itu untuk Sabah pada tahun 2016.

Walaupun dana daripada Persekutuan tidak sepenuhnya sampai kepada sasaran, akan tetapi sumber kerajaan negeri Sabah sebagai impak kepada HALATUJU benar-benar dimanafaatkan untuk negeri dan rakyat. Sebagai rekod, pada tahun 2003, simpanan kewangan negeri hanya RM184juta, pada Disember 2017, jumlah itu meningkat kepada RM3.74bilion, iaitu 1,932 peratus atau 138peratus setahun untuk jangka masa 14 tahun.

Selain itu bajet kerajaan negeri untuk pertama kali melepasi angka RM4bilion pada tahun 2012, ditambah dengan peningkatan hutan simpan ke paras 1.8juta hektar daripada 838ribu hektar tahun 2002.

Kadar kemiskinan menurun dengan drastik daripada hampir 20% tahun 2009 ke paras di bawah 4 peratus akhir tahun 2017.

Walaupun, kemajuan dan pembangunan Sabah begitu ketara sekali, hasil pemerintahan kerajaan Bn, pun demikian, pada PRU-14, walaupun rakyat tidak semuanya menolak memberi mandat kepada kerajaan lalu untuk meneruskan pemerintahan, akan tetapi sebahagian lagi gagal menghargai kemajuan dan pembangunan, ditambah lagi dengan tindakan khianat selepas PRU-14, maka kerajaan terpaksa bertukar.

Penyebab utama kepada perubahan tersebut, kerana rakyat berubah selera. Perubahan selera rakyat ini, sebenarnya bukan berpaksi kepada kemajuan dan pembangunan, akan tetapi lebih kepada mengikut perasaan.

Akibat kepada mengikut perasaan itu, maka telah mengwujudkan kerajaan seperti kera mendapat bunga, kerana setakat ini, meskipun setahun, kerajaan Sabah tiada hala tuju yang jelas, apa yang kita lihat hanyalah pembahagian harta rampasan perang.

Kerajaan Sabah untuk sementara masih beruntung, kerana ada simpanan kewangan yang besar yang diwarisi kerajaan lalu. Cuba bayangkan, jika kerajaan lalu tidak meninggalkan simpanan kewangan yang cukup besar? Bagai mana kerajaan Sabah membiayai kos operasi termasuk membayar gaji kaki tangan awam, gaji menteri, gaji setiausaha-setiausaha politik, selain gaji jawatan-jawatan politik seperti Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM)?

Lima tahun akan datang, rakyat Sabah mahu melihat, apa kah simpanan kewangan negeri dapat ditingkatkan atau sekurang-kurangnya dikekalkan, jika berlaku sebaliknya, maka akhirnya, rakyat pada masa itu bertanya pada diri sendiri, tepuk dada tanya selera.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808