Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PERUBAHAN SELERA POLITIK SABAH

$
0
0
TIDAK boleh dinafikan, bahawa selera politik Sabah sudah berubah.

Pertanda perubahan itu, apabila Parlimen Tenom kawasan majoriti bumiputera dimenangi calon DAP pada PRU-14.

Perubahan itu dibuktikan lagi pada PRK Sandakan, apabila dua kawasan majoriti bumiputera Kg Sim-Sim dan Pulau Berhala berjaya ditembusi parti DAP.

Adalah lumrah bahawa perubahan itu dituntut oleh parti-parti seperti Warisan, UPKO dan PPBM, namun pada hakikatnya, memangpun selera pengundi Sabah sudah berubah.

Kerana selera politik Sabah sudah berubah, maka parti-parti seperti Warisan, UPKO dan PPBM, hanya perlu bergerak sesuai dengan selera itu. Manakala parti-parti pembangkang perlu mencari formula menyanggah arus perubahan selera itu.

Menyanggah arus perubahan selera pengundi atau rakyat perlu anjakan paradigma yang mutakhir.

Adalah tidak silap bagi Datuk Hajiji Noor, Pengerusi Penaja PPBM Sabah berkaitan komen beliau pada keputusan PRK Sandakan, bahawa sengatan Umno sudah tidak ampuh lagi di Sabah selepas kemasukkan PPBM ke Sabah.

Penulis melihat, selera perubahan politik Sabah tidak dapat dibendung lagi, dan pilihan mereka pada masa ini adalah parti-parti yang berkolaborasi dengan Pakatan Harapan.

Melihat sejarah politik Sabah, selera perubahan itu biasanya berterusan sekurang-kurangnya dua penggal.

Selera perubahan politik Sabah, tidak semestinya mengikuti selera rakyat Semenanjung, seperti mana ditunjukkan pada PRK Sandakan, walaupun petanda perubahan selera pengundi di Semenanjung telah berlaku selepas PRU-14, seperti mana ditunjukkan menerusi PRK Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808