Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PRK SANDAKAN: KEMENANGAN DAP BUKAN ISTIMEWA

$
0
0
KEMENANGAN calon DAP pada PRK Sandakan, tiada yang istimewa, sebabnya, pengundi parlimen itu memangpun penyokong tegar parti DAP.

Berdekad lamanya semasa DAP parti pembangkang, parlimen Sandakan diwakili parti itu, kecuali sekali sekala dimenangi parti lain. 

Ada lah tidak lojik, pada masa ini DAP sebahagian daripada kerajaan, pengundi tegar parti itu menyokong parti lain.

Semalam, calon DAP Vivian Wong menang selesa, walaupun jumlah undi yang diperolehi merosot hampir 3 ribu berbanding undi calon parti itu pada PRU-14, atas sebab peratusan yang keluar mengundi menurun daripada 72% kepada 54%, akan tetapi majoriti kemenangan meningkat kepada 11,521 undi berbanding PRU-14-10,098 undi.

Majoriti kemenangan meningkat atas sebab tiada calon pembangkang yang kuat, selain faktor keterujaan penyokong tegar DAP yang sudah sebahagian daripada kerajaan.

Melihat kepada senario politik masa ini dan seterusnya pada PRU-15, kawasan Sandakan termasuk dua ADUN di dalam kawasan itu Dun Tanjong Papat dan Elopura, akan terus diwakili calon daripada parti berlambang roket tersebut, apa tah lagi, parti itu bekerja sama dengan Parti Warisan Sabah yang disokong oleh kaum-kaum di kawasan itu, khususnya Badjao dan suluk, jika parti-parti pembangkang tidak dapat menemui isu-isu yang boleh menggamit sokongan pengundi kawasan tersebut.

Penulis sangat terkilan, semasa kempen PRK Sandakan, para pemimpin  islam yang berkolaborasi dengan DAP sanggup membuat berbagai fitnah terhadap para pemimpin pembangkang termasuk yang tidak telibat langsung dengan PRK tersebut, tanpa mengambil kira, kesucian bulan ramadahan, sedangkan para pemimpin itu tahu betul, mereka tidak perlu berbuat demikian untuk tujuan memancing undi, kerana sudah jelas, pengundi kawasan Sandakan tidak memerlukan fitnah-fitnah tersebut, kerana mereka sudah merupakan penyokong "totok" DAP.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808