Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PENUBUHAN 26 BAHAGIAN PPBM SABAH DILULUSKAN ROS

$
0
0
Presiden PPBM Malayisa-Tan Sri Muhiyiddin Yassin dalam lawatan singkat beliau ke Sabah pada Ahad, telah menyerahkan kelulusan ROS bagi PPBM Sabah menubuhkan 26 bahagian parti itu di Sabah.

Ketua Penyelaras PPBM (bersatu) Sabah-Datuk Seri Hajiji Noor menerima surat kelulusan itu bagi pihak ketua-ketua bahagian penaja parti itu di Sabah.

Setakat ini, secara rasmi belum diumumkan, ketua-ketua bahagian penaja parti itu di Sabah, walaupun di beberapa bahagian telah diketahui ketua bahagian penaja.

Secara umum, semua mantan wakil rakyat Umno atau komponen Bn yang telah menjadi wakil rakyat bebas sebelum menyertai PPBM, dilantik sebagai ketua bahagian penaja.

Melihat kepada sasaran keanggotan parti itu di Sabah, selain mereka yang tidak berparti, akan tetapi juga ahli-ahli parti lain yang beroperasi di Sabah.

Setakat ini, secara umumnya, Bersatu Sabah mempunyai keahlian lebih 100ribu.

Akan diketahui dengan pasti semasa PRU-15, bagai mana parti itu menyertai pilihan raya itu, kerana sokongan pengundi Sabah akan bergantung kepada berapa jumlah kerusi yang bakal ditandingi parti itu.

Adalah terawal untuk menilai, penerimaan rakyat Sabah terhadap PPBM.

Setakat ini, Sabah mempunyai 26 kawasan Parlimen termasuk WP Labuan dan 60 Dun.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808