ADALAH pelik, tindakan Kerajaan Sabah di bawah teraju Datuk Shafie Apdal beria-ia sangat memberi dokumen kepada PTI Sabah, malah kerajaan negeri berhasrat menempatkan mereka di Pulau-Pulau Sabah.
Sepatutnya, negara asal PTI itulah yang perlu mengeluarkan dokumen bagi rakyat mereka, bukannya Sabah atau Malaysia.
Pengerusi Penaja PPBM Sabah- Datuk Hajiji Haji Noor dalam satu ucapan di Tuaran Sabah, tidak bersetuju dengan pendekatan Kerajaan Sabah berhubung PTI.
Seharusnya, kerajaan Sabah perlu akur dengan cadangan RCI Pati Sabah, dan kemudiannya diterjemahkan oleh kerajaan dahulu, untuk memburuh, menangkap dan menghantar pulang PTI.
Biarlah PTI itu diberi dokumen oleh negara asal mereka. Tiada sebab Sabah mengambil alih tugas itu.
Dianggarkan seramai lebih 800ribu PTI di Sabah setakat ini, dan mereka itu adalah sebahagian daripada 3.9juta penduduk Sabah setakat 2018.
Melindungi PTI oleh kerajaan Sabah tidak bersebab, kerana mereka itu merupakan pelarian ekonomi, ertinya tidak timbul alasan perikemanusiaan.
Demi masa depan Sabah dan rakyatnya, membendung kemasukan PTI perlu dipertingkatkan, dan sepatutnya tidak timbul sebuah kerajaan yang PRO-PTI.